10,000 Anggota ARC Akan Sertai HIMPIT

949

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Alternative Riding Club (ARC) menyasarkan 10,000 ahlinya menyertai Himpunan Islam Pemuda Islam negeri Terengganu (HIMPIT) yang bakal diadakan di Hulu Terengganu pada 19 September.

Pengarah ARC Negeri Terengganu, Mohd Rahim Rozali berkata, bagi mencapai hasrat berkenaan, ketua setiap kawasan perlu memainkan peranan.

“Maka setiap ketua ARC setiap kawasan diamanahkan bagi menyediakan satu ‘team’ yang cukup besar dari pemuda PAS setiap kawasan.

“Dimana pada program HIMPIT 2019 itu nanti ARC negeri telah menjadikan konvoi teramai sebagai satu pertandingan dimana ianya akan dibilang pada hari berkenaan sebagaimana yang telah dibuat di Kemasik pada sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika, Konvoi Santai Merdeka ke Lubuk Kain, Bukit Besi yang dianjurkan ARC negeri yang melibatkan 200 peserta dari lapan kawasan Negeri Terengganu, pada Sabtu, 31 Ogos.

Sehubungan dengan itu beliau memaklumkan konvoi santai sempena kemerdekan sebagaimana program tersebut akan dijadikan acara tahunan pada setiap tahun.

Sementera itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menyambut baik program tersebut yang dilangsungkan di Dataran Piramid.

Katanya, pemilihan Bukit Besi sebagai lokasi himpunan ARC adalah bertepatan, sebagai sebuah bandar pelancongan terkemuka.

“Kerana ia salah satu aset pelancongan yang kita ada di DUN Bukit Besi. Semoga kehebatan ARC ini akan dilihat oleh penduduk Bukit Besi dan menjadi daya tarikkan untuk anak muda disini menyertainya.

“Cuma perkara yang perlu diingatkan agar jagalah nama baik PAS kerana ARC dilihat adalah pemuda PAS, maka jagalah kebersihan di Lubuk Kain, juga perlu menjaga akhlak kerana kita akan sentiasa dilihat dan dinilai oleh masyarakat apabila telah dikenali sebagai pemuda Islam,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar ARC akan terus maju jaya dan berjaya menambah ahli dari kalangan anak muda yang sukakan motor yang menjadi satu medan dakwah.

“dakwah yang dibawa oleh PAS melalui pelbagai program yang telah dirancang dan disusun akan menjadi salah salah satu daya usaha tarikan dakwah di kalangan anak muda,” tambahnya.