100 Pemuda PAS Serbu Kaunter Derma Darah

302

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Meskipun tidak bergelar ‘frontliner’ menghadapi pandemik Covid-19, 100 pemuda PAS menyerbu kaunter derma darah untuk menyumbang bakti kepada negara.

Ketua Pemuda Marang, Yusuf Abdul Hadi menyifatkan sambutan luar biasa anak muda kawasan tersebut sebagai semangat dan solidariti mereka dalam membantu pesakit yang memerlukan.

“Usaha ini tidak berhenti di sini sahaja, malah kita doakan agar hari ini menjadi titik mula untuk kita semua terus menderma darah secara berkala,” katanya ditemui selepas program Derma Daerah di Rusila.

Tambah beliau, Pemuda PAS Malaysia telah meletakkan sasaran untuk mengumpul 2000 pederma darah menjelang Syawal nanti.

“Bahkan, sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menjadikan sekurang-kurangnya 5% daripada rakyat Malaysia sebagai penderma darah.”

“Justeru saya menyeru semua pemuda di kawasan ini untuk menderma darah sebanyak mungkin,” ujarnya.

Menurutnya 100 pemuda PAS tampil mendaftar secara dalam talian untuk menderma darah yang diadakan pada Khamis, semalam

Dalam perkermbangan yang sama, menurut Ketua Unit Transfusi Darah Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ), Dr Mohd Muhaimin Kambli, pihaknya meneruskam usaha mengumpul darah meskipun dalam tempoh PKP.

Beliau memaklumkan, bekalan darah yang agak tinggi diperlukan bagi menampung keperluan pada bulan Ramadan.