100 Pekerja Kebersihan DiHargai

189

Oleh : Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN – Seramai 100 orang pekerja kebersihan menerima bantuan berbentuk beras dan barangan dapur daripada Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC).

Ketua Lajnah Kebajikannya, Safwan Badeli berkata sumbangan tersebut adalah sebagai tanda perhargaan kepada mereka.

“Merekalah yang bekerja keras agar kecantikan dan kebersihan di kampung-kampung sentiasa berada di dalam keadaan yang baik,” ujarnya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut di Dataran Haji Hanafiah, Kg Paya Berenjut, di sini pada 5 Mac lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua PPDC, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki serta Ahli Jawatankuasanya

Katanya lagi, sumbangan tersebut melibatkan pekerja – pekerja di empat zon ia itu di Kampung Paya Berenjut, Banggol Indah, Kampung Mak Lagam, Kampung Fikri, Kampung Geliga dan Kuala Kemaman.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat) Hanafiah kerana sentiasa menyokong dan membantu dari segi kewangan dan sebagainya bagi melancarkan gerak kerja Pemuda di peringkat DUN ini. Kami sangat menghargainya,” katanya lagi berharap agar program itu dapat diadakan dari masa ke semasa dengan skopnya akan diperluaskan lagi.