100 Orang Sertai Program Derma Daerah

203

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Seramai 100 orang sekitar daerah Besut menyertai Program Menderma Darah bagi membantu menampung tabung darah Negeri Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Muhd Hakim Zulfikri berkata, keperluan bekalan darah buat masa ini amat penting bagi menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba.

“ Jumlah penderma yang ramai menandakan bahawa mereka sangat perihatin terhadap keperluan utama pihak hospital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak media di Dewak Sivik Gong Nering, Jerteh pada Selasa, 21 April.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Setiausaha PAS Kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar.

Menurutnya, program derma darah tersebut merupakan usaha sama antara Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut.

“Disebabkan bilangan penderma yang ramai pihak urusetia bersetuju untuk diadakan selama dua hari iaitu 21 dan 22 April bermula jam 9 lagi hingga 2 petang,” tambah beliau.