10 Peringatan Buat Pemuda

889

BESUT – Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kelantan, Ustaz Nor Azariza Alawi memberi 10 nasihat yang berguna untuk menjadi seorang muslim yang sejati.

Beliau berkata ketika menyampaikan taujihad dalam program bersama pemuda-pemuda Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada 12 Oktober 2018 di Markaz Tarbiyyah Kampung Bharu.

Yang pertama, kata beliau, pemuda perlu mempunyai akidah yang sejahtera agar tidak lari daripada akidah sebenar yang diterima oleh Allah.

“Kemudian pemuda perlu melakukan ibadah yang benar yang bertetapan dengan ajaran Islam supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia.

“Selain itu, pemuda seharusnya mempunyai akhlak yang mantap dalam menjalani kehidupan seharian supaya orang lain tertarik dengan akhlak yang dibawa oleh orang Islam.

“Seterusnya pemuda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang dan ilmu supaya umat Islam tidak ketinggalan,” jelasnya.

Beliau berkata ketika menyampaikan taujihad dalam program bersama pemuda-pemuda Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada 12 Oktober 2018 di Markaz Tarbiyyah Kampung Bharu.

Oleh itu, beliau berkata, pemuda juga perlu mempunyai kekuatan tubuh badan supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan tidak mudah dikhianati oleh musuh Islam.

“Pemuda juga perlu bijak dan pandai berdikari agar tidak terlalu bergantung dengan orang lain.

“Yang ketujuh, pemuda perlu bijak menyusun urusan kehidupan agar gerak kerja lebih tersusun dan mantap. Manakala yang seterusnya ialah pemuda semestinya perlu bijak menjaga masa dan wajib melawan hawa nafsu agar kehidupan lebih diberkati oleh Allah,”ujar beliau,

Justeru, katanya, pemuda seharusnya boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara dalam kehidupan seharian.