10, 000 Pemuda Marang Siap Siaga ‘Gegar KL’ 8 Disember

1002

MARANG – Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang sudah mengerahkan 10, 000 penyokong parti dan juga seluruh anak muda di kawasan ini untuk hadir ke Himpunan Aman Bantah ICERD di Kuala Lumpur 8 Disember ini.

DPPKM juga menyeru semua peserta perhimpunan ini hadir dengan menjadikan ia medan menyebarkan kasih sayang, persahabatan, saling menghormati antara agama dan kaum, tertib dan juga menyemarakkan semangat amal Islami.

Ketua DPPKM Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata perhimpunan itu diadakan tanpa mesej kebencian, amarah, provokasi, pengkhianatan atau penghinaan.

DPPKM juga menyahut seruan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen, yang mengerahkan semua ahli parti turun menyatakan bantahan kepada usaha ratifikasi ICERD ini.

“Semua golongan tidak kira status samada kedudukan kita berhimpun bukan atas kepartian namun atas semangat mendaulatkan negara ayuh hadirlah para profesional, warga tani, nelayan, peniaga dan semua yang sayangkan negara,” katanya selaku Pengerusi mobilisasi perhimpunan berkenaan bagi Kawasan Marang