1 Syawal Disambut Gembira

154

KUALA TERENGGANU – Kedatangan 1 Syawal disambut dengan gembira walaupun keadaan berbeza, dalam suasana negara menghadapi penularan pandemik Covid-19

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Hulu Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kasim berkata, ia adalah hari kemenangan kepada semua umat Islam.

“Kita mesti sambut dgn gembira kerana Aidilfitri hari kemenangan setelah kita menjalani pelbagai ujian di dalam bulan ramadan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Shah berkata, sekurang kurangnya boleh beraya walaupun dirumah tanpa sebahagian ahli keluarga.

“Kita masih dpat berhubung dan bersilaturahim walau di media elektronik.

“Kita bersyukur berbanding dengan negara lain yg lebih teruk dan masalah kebuluran seperti di Yaman dan Syiria dan negara yang sedang berperang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Selain itu, AJK PAS kawasan Setiu, Azmi Maarof berkata, umat Islam bergembira kerana berjaya melaksanakan perintah Allah puasa bulan ramadan.

“Kita memang sambut raya pada tahun ini dengan pengalaman baru dalam sejarah hidup Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berjalan.

“Yang mana kita tidak dibernarkan sembahyang sunat hari raya dimasjid, surau, tidak boleh menerima tetamu yang ramai melebihi 20 org dan ahli keluarga ramai yang tak dapat balik beraya jadi kemeriahan tidak seperti biasa,” ujar beliau.

Justeru beliau berharap rakyat faham dan patuh dalam menyambut hari raya ini pasa arahan kerajaan supaya COVID- 19 yang masih menular dinegara dapat dihapuskan dalam masa terdekat.

Disamping itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, YB Haji Hanafiah berkata, orang ramai hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sesuai dengan hari raya kali ini, walaupun PKPB masih berjalan, penularan COVID-19,namun kita semua dapat mematuhi SOP seperti pematuhan jarak, membasuh tangan dengan sabun dan hanya 20 orang sahaja dapat berkumpul.

“Hari raya pada kali ini kita akan berada dalam norma baharu yang akan mencorakkan kehidupan dimasa akan datang,” tambah Hanafiah.