Yayasan Amal Beri Khidmat Di Kampung Pergunungan

121

KATHMANDU, Nepal – Seramai 360 orang dari 77 keluarga di Kampung Deragoun dalam daerah Gorkha, telah mendapat rawatan perubatan pada program ‘Kem Perubatan’ yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Program yang diadakan di kampung terpencil yang terletak di lereng banjaran Himalaya itu, adalah satu usahasama dengan pertubuhan Islami Sangh Nepal, sebuah badan dakwah tempatan.

IMG_8395 (2)Walaupun jaraknya hanya kira-kira 150 kilometer dari sini, namun perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa lebih enam jam, kerana keadaan jalan yang berliku dan tidak sempurna.

Ketua Delegasi Kumpulan Kedua Misi Bantuan dan Khidmat Masyarakat Pasca Gempa Bumi, Haji Zaman Abdullah berkata kumpulan seramai 16 orang, yang turut disertai oleh tiga orang doktor, turut memberikan bantuan roti dan makanan ringan.

“Alhamdulillah, kita sampai ke kampung ini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Gorkha, untuk membantu dan memberikan khidmat,

“di sini……..sebahagian besarnya adalah penduduk muslim yang kita difahamkan tidak dapat bantuan dari kerajaan Nepal,”ujar beliau.

Walaupun masa yang agak singkat, beliau berkata, Misi tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya, dengan kemampuan yang terhad.

Sehubungan itu, seorang aktivis tempatan Mohamad Jalaluddin berkata, keseluruhan tujuh buah perkampungan muslim dikawasan tersebut, terkesan dengan gempa bumi yang berlaku.IMG-20150517-WA0038

Beliau yang juga tenaga pengajar di Madrasah Islahiah Muslimin, Gorkha mengesahkan, belum ada bantauan dari pihak kerajaan yang diterima oleh penduduk terbabit.

“sejak gempa bumi berlaku……..kampung-kampung pendalaman ini belum mendapat bantauan……..mungkin kerana ia sukar dicapai,

“tetapi di beberapa kampung lain di pergunungan, bantuan dihantar dengan helicopter, tapi tidak di kawasan ini,”ujarnya.

Turut musnah di Kampung Deragoun adalah masjid yang didirikan bagi paa penduduk menunaikan solat berjamaah dan mendalami ilmu-ilmu Islam.

Ia menjadi madrasah kepada 50 orang kanak-anak di kampung tersebut belajar menulis dan mebaca serta mempelajari Fardhu Ain dan menghafal al-Quran.

Iman masjid itu, Maulana Haroon Ansari ketika ditemui berkata, gempa bumi yang melanda telah menyebabkan bangunan masjid itu rosak dan berlaku retakan sekurang-kurang pada lima tempat.

IMG-20150517-WA0030“selain rumah-rumah orang kampung, masjid ini rosak digegar gempa, ada empat lima tempat retak dan rosak,”ujarnya kepada Haji Zaman Abdullah.

Justeru, pihak Yayasan Amal turut menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi tujuan pemabikian masjid tersebut.

Dua orang doktor bersaa rombongan tersebut, Dr. Abdul Rani Osman yang juga ADUN Meru dan Dr Sulaiman Abdullah telah memberikan rawatan dan ubat percuma kepada para penduduk.

Delegasi kedua Misi Kemanusiaan Yayasan Amal ke Nepal ini akan pulang ke tanah air pada hari ini Ahad 17 Mei dan akan diganti dengan kumpulan ketiga yang akan memulakan khidmat bermula pada 21 Mei.

Majoriti penduduk Nepal menganut agama Hindu dan hanya kira-kira 4.7 peratus dari 28 juta penduduknya adalah berugama Islam.

Islam telah tersebar di Nepal untuk tempoh masa yang lama dan telah berkongsi pengalaman sejarah yang sama dengan majoriti Hindu.

https://youtu.be/G9QQ2PZwFM4
https://youtu.be/-pKYZanBkOE