Ustaz Abdul Hadi ‘Ikon Tani Terengganu’ 2014

366

HULU TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipilih dan diisytiharkan sebagai ‘Ikon Tani Terengganu’ kerana penglibatan beliau secara peribadi dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan.

Pengarah Karnival Ustaz Saharizukirnain berkata, Ustaz Hadi pernah menternak dan memelihara burung merpati, burung unta, kerbau dan lembu.

Selain itu, menurut beliau, Ahli Parlimen Marang itu juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perikanan dan menyelami susah payah kehidupan nelayan dengan menjadikan aktiviti memancing dan menjala ikan sebagai suatu kegemaran.

“tokoh ini telah berkecimpung dalam bidang ternakan, antara yang pernah di bela (dipelihara) oleh tokoh ini adalah burung merpati, burung unta, kuda, kambing biri-biri, lebah lembu dan kerbau,

IMG_9875 (2)“dan (tokoh ini) seorang yang mempunyai hobi yang cukup tinggi (prihatinnya) terhadap aktiviti (nelayan) menjala dan memancing sama ikan di darat atau di lautan,”ujarnya ketika mengumumkan pemilihan Ikon Tani pada Majlis Prasmian Karnival Petani, Penternak dan Nelayan di Kuala Berang, pada Jumaat 2 September.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung itu, adalah usaha PAS memberikan perhatian dan tumpuan kepada golongan penting dalam pembangunan Negara iaitu petani, penternak dan nelayan.

Menurut Pengerusi Lujnah Asas Tani PAS Pusat Dat’ Amiruddin Hamzah majoriti golongan yang terlibat dengan sektor pertanian adalah di kalangan orang-orang Melayu yang terus hidup dalam kemiskinan.

“Para petani, penternak dan nelaya merupakan segmen masyarakat yang peratusnya cukup tinggi tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar, kenapa ini menjadi fenomena dalam sosioekonomi Negara kita?,

“jawapannya ialah (kerana) kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan dalam membela kelompok ini dan tidak seriusnya mereka dalam cuba menangani isu keselamatan makanan (food security) dalam Negara kita,”ujarnya ketika berucap dihadapan hampir 5,000 orang hadirin.

Oleh itu beliau berharap Karnival yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu itu akan dapat mencetuskan rasa minat rakyat untuk mencintai bidang pertanian sebagai karier yang sesuai dengan slogan ‘Bertani adalah Ibadah’.

“Semoga carnival ini juga menjadi pencetus kepada tindakan susulan masyarakat melalui desakan dan tuntutan yang dibuat kepada pihak berwajib,

“bagi memertabatkan profesion petani, penternak dan nelayan sebagai agen penting dan pengawal keselematan makanan negara,”jelas beliau.

http://youtu.be/fHhyKvXHZ4Q?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

http://youtu.be/Qh2MvYEjzLM?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q