Umno Tak Boleh Diharap!

492

Oleh : Zakaria Ismail

MARANG – UMNO tidak boleh diharap untuk mempertahankan agama Islam dan usaha memartabkan mahkamah Syariah.

Speaker Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Yaakob berkata, usaha untuk meminda RUU355 di parlimen membuktikan, Umno tidak mampu mempengatuhi rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN) bagi menyokong usul yang dibawa oleh ahli parlimen Marang.

“Pada peringkat awal, PM (Perdana Menteri) kata nak bawa, TPM kata nak bawa, sampai peringkat ‘last’ sekali dia bincang dengan sama-sama pimpinan Barisan Nasional, akhirnya serah balik kepada presiden kita (PAS).”

“Presiden kata tak apalah, kerana tak ada orang nak bawak, tak apalah serah balik ke kita.” jelasnya

Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan Karnival Dakwah PAS Kawasan Marangpada Khamis malam 10 Ogos di Mercang, dekat sini.

Sebaliknya kata beliau, PAS yang ditubuhkan atas dasar dan asas Islam, terus gagah membawa obor perjuangan,

“Di mana parti kita (PAS) ditubuh di atas dasar dan di atas asas untuk membawa obor risalah Islamiyyah di bumi tercinta,

“Tanah Melayu pada ketika itu adalah semata-mata untuk menunjukkan kesyumulan Islam, keluhuran Islam, keadilan Islam dan kesucian Islam secara keseluruhannya,

“Semestinya, kita sebagai orang Islam, perlu menyelami dan menghayati perjuangan yang telah pun dimulakan oleh alim ulamak kita semenjak tahun 1951.” tegasnya.

Menyentuh mengenai pindaan Akta 164 di parlimen pada 9 Ogos yang lalu, beliau berkata, “Akta 164 ialah satu rang undang-undang, satu pindaan yang jelas tidak memihak kepada Islam.”

“Tuan-tuan semua! Kalau kita perhati betul-betul untuk masa depan Islam RUU ini adalah sesuatu yang akan merugikan kita ummat Islam,

“Malangnya, seramai 141 orang ahli parlimen Malaysia sanggup menyokong rang undang-undang ini. Cuma tinggal 13 orang ahli parlimen PAS saja yg bangkang”, ujarnya lagi.