Tunda Perlawanan; Penyokong Terengganu Tak Puas Hati

498

Oleh : Faizal Ghani

KUALA NERUS – Rata-rata penyokong pasukan Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan menunda perlawanan malam ini.

Perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu dan PKNP FC itu ditunda akibat air bertakung di padang Stadium Sultan Mizan Gong Badak.

Penyokong begitu kecewa kerana perlawanan yang baru bermula telah ditamatkan sedangkan para penonton dikenakan bayaran masuk sebanyak RM10 seorang.

Salah seorang penonto yang enggan namanya disiarkan melahirkan dukacita terhadap pihak pengurusan serta kerajaan.

“Pihak berkuasa serta Kerajaan perlu dipersalahkan kerana tidak menyelenggara fasilities di premis yang telah menelan belanja jutaan ringgit” kata beliau dengan kesal.

Walaubagaimana pun menurut Komisioner perlawanan, Abdul Wahid Abdul Hamid menerangkan bahawa keputusan menghentikan perlawanan ialah kerana mengambil kira keselamatan pemain-pemain yang mungkin akan mengalami risiko kecederaan bermain di atas permukaan padang yang tidak selamat.

Perlawanan ini akan dilangsungkan semula pada satu tarikh yang akan diputuskan oleh pihak FMLLP.

Beliau mengumumkan demikian melalui laman sosial Facebook rasmi Terengganu FA sejurus perlawanan tersebut ditunda.