Tidak Perlu Tunggu Semboyan Ketiga

379

DUNGUN – Para Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) diseru terus mengerakkan kerja-kerja ke arah mencapai kemenangan pilihan raya umum keempat belas tanpa perlu menunggu tiupan semboyan ketiga.

Ini kerana, tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang, semboyan telah ditiupkan, sejak dari awal tahun lagi dengan pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu dan semboyan terbaharu yang mengegarkan adalah Fastaqim 2.0.

“Cukuplah dengan dua semboyan ini, yang mereka mesti bangkit,” ujar beliau di Majlis Lawatan Pesuruhjaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) ke DUN Rantau Abang pada isnin, 9 Oktober di Dewan PASTI Gong Pasir di sini.

Justeru itu, beliau mengingatkan kebangkitan tamadun bangsa adalah semuanya panji-panji dikibar oleh pemuda bukan sahaja ideologi-ideologi barat bahkan juga dakwah yang dibawa dan dipimpin para rasul.

Nabi Muhammad, katanya, pembawa obor kejayaan dikalangan  anak-anak muda seperti Syaidina Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Talib, Abdullahbin Abbas dan Abdullah bin Mas’ud.

“Yang memberi hujah dengan berani secara berdepan tanpa berselindung ialah Jaafar bin Abi Talib, yang mengetuai rombongan 80 orang berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan aqidah,

“hujah balas dengan golongan kafir dihadapan Raja Najashi, pemerintah Habsyah, “ terang beliau meniup semangat orang muda yang merupakan hampir 70 peratus yang hadir pada malam.tersebut.

Justeru, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Ustaz Ariffin Deraman menegaskan kehadiran pemuda hampir 70 peratus membanjiri pantai Tok Jembal bukanlah menggambarkan gerakerja pilihanraya.

“Memandangkan 50 peratus lebih, hampir 60 peratus pengundi adalah terdiri daripada yang berumur 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita nak.menang undi, fokus mestilah lebih kepada orang muda,” jelas ADUN Alur Limbat itu.

Menurutnya, untuk menguasai pengundi muda,Pemuda dan Ameerah perlu membuat pelan tindakan khusus bermula dari sekarang. secara agresif. kerana program untuk orang muda masih tidak mencukupi.

“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda dan Ameerah mestilah boleh menarik orang muda,” ujar beliau lagi.

Program itu turut dihadiri ADUN Rantau Abang, Haji Alias Harun dan ADUN Sura, Wan Hapandi Nik.