Tangkis Fitnah Dalam Penulisan Berita

321

Oleh : Siti Zulaika Zamzami

KEMAMAN – Penulisan Berita adalah salah satu alat pada masa kini untuk menyalurkan maklumat yang benar dan tepat secara cepat dan berkesan.

Timbalan Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman Ustaz Asri Kadir meminta agar para petugas media parti menjaga akhlak dalam tulisan mereka.

“Jaga etika utama kita……..Kita dari Parti PAS. Hebatnya PAS sebab disandarkan dengan Islam,

“jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam setiap gerak kerja parti,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian, semasa perasmian penutup Bengkel Penulisan Berita dan Video yang telah di anjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman pada hari Sabtu, 11 November

Seamai 20 orang peserta mewakili empat DUN iaitu, Air Putih, Chukai, Kijal dan Kemasik menghadiri program anjuran bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terenggamu itu.

Peserta telah diberi pendedahan secara teori dan teknikal bagaimana cara penulisan berita secara pantas dan teknik pengurusan video “Live Facebook”.

Ketua Biro Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad telah memberi pengisian dalam slot pertama bengkel bertajuk Asas Penulisan Berita.

Manakala slot menulis berita cara cepat dn tepat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS Negeri Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor.

Ketua Lujnah Teknologi Maklumat Pemuda PAS Chukai turut berkongsi ilmu kepada peserta cara penggunaan Live Facebook.

Justeru itu, Setiausaha PAS Pemuda Kawasan Kemaman, Ustaz Zawawi berharap peserta bengkel dapat menyalurkan berita berkenaan aktiviti PAS di DUN masing-masing dengan tepat dan cepat.