Taman Ilmu RM300 Juta, Tergendala, Terbengkalai Dan Terbiar

25399

KUALA TERENGGANU – Projek ‘Mega’ Taman Ilmu di Tembila, Besut bernilai kira-kira R300 juta, dan pernah digembar-gemburkan bakal ‘menjadi sebuah kota pendidikan’, kini tergendala dan terbengkalai.

Taman Ilmu Kota PendidikanPesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Projek ini dimulakan zaman Datuk Seri Idris Jusoh pada tahun 2004, sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu, kini terbiar.

Katanya, janji MB Razif pada 25 Mei, 2015 untuk menyiapkan dan akan beroperasi pada akhir tahun lepas, tidak terlaksana.

“nampaknya projek-projek ini sudah diberhentikan, terbengkalai, nampak ia jadi ‘ Projek Gajah Puteh’. Kalau kita tengok gambar yang ada ni, dah jadi terbiar, sudah rosak, dah teruk dah nampak.

DSC_0131“Projek ini bernilai RM300 juta dengan keluasan tanah 700 ekar di Tembila. Projek ini dimulakan zaman Datuk Seri Idris Jusoh pada tahun 2004, beliau sebagai Menteri Besar.

“Dan di zaman selepas daripada itu, Datuk Seri Ahmad Said pernah untuk menswastakan, tapi nampaknya sampai hari ini, dah Menteri Besar baru kita, Razif dah berjanji nak menyiapkan, sampai sekarang tiada apa-apa perubahan. Dan sekarang terbengkalai sampai teruk macam ini,”jelasnya.

ADUN Paka itu berkata demikian pada satu sidang media khas berkenaan isu-isu di negeri Terengganu, di pejabat Perhubungan PAS Negeri, di sini semalam Rabu 13 Julai.

DSC_0141Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, yang akan membazirkan wang rakyat Terengganu.

“Kita rasa pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera, jika ianya terbengkalai, kerosakan dan sebagainya melibatkan kos pula dan semua ini merupakan duit rakyat,

“Ini sudah menjadi ‘ Projek Gajah Puteh’, kita nak masuk pun tidak dibenarkan,

“Jadi nampak kerajaan cuba menyembunyikan, persoalan-persoalan yang kita bangkitkan di dalam (Sidang) Dewan (Undangan Negeri) pun tak terjawab,”tegasnya.

DSC_0088Hakikatnya, kata beliau, inilah realiti yang sebenarnya projek-projek yang dilaksanakan di negeri ini termasuk projek-projek kerajaan yang dibangunkan di Tasik Kenyir.

“adakah projek RM300 juta ini akan terbengkalai? (Ini) tidak mengambil kira lagi, dengar kata makluman projek di (Tasik) Kenyir (juga) sudah terhenti.

“Jadi adakah , beratus-ratus juta akan mencecah bilion (dan) akan hilang begitu sahaja,”soal beliau

Beliau berharap pihak yang prihatin termasuk para wartawan dan penggiat media, agar membangkitkan isu ini bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

DSC_0139“Jadi kita harap wartawan boleh bangkitkan isu ini, sebab isu ini (adalah) isu yang melibatkan pendidikan dan kita pun sedia maklum,

“untuk tahun ini pelajar-pelajar cemerlang untuk negeri Terengganu tidak ada apa-apa peruntukan diberikan kecuali peruntukan zakat untuk pendidikan Islam, tetapi kalau pelajar-pelajar lain untuk menyambung pelajaran ke luar negara, saya rasa pihak Yayasan pun sudah membekukan (peruntukan),”tambahnya.

https://youtu.be/fw68Iy4wX5g