Tahniah Azizulhasni! Usaha 10 Tahun Tidak Sia-sia

796

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelumba acara kirin negara, Azizulhasni Awang atas kejayaan menjadi juara dunia Kejohanan Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong malam tadi.

Dengan aksi yang begitu bertenaga dan mengujakan yang disaksikan rakyat Malaysia malam tadi, Azizulhasni berjaya memecut di pusingan terakhir yang agak kehadapan meninggalkan pelumba di tempat kedua.

DPPM begitu teruja dengan kejayaan ini setelah 10 tahun beliau berusaha dan mencuba dalam kejohanan berbasikal peringkat tertinggi ini, akhirnya Azizulhasni akhirnya berjaya menjadi juara dunia.

Inilah bukti kejayaan anak muda Malaysia yang komited dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi, pasti akan dapat mencapai kejayaan yang diinginkan.

DPPM berharap agar Azizulhasni dapat meneruskan lagi kecemerlangan untuk pemburuan pingat emas Sukan Olimpik 2020 kelak.

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada anak muda Malaysia agar dapat menjadi yang terbaik dan tidak mengenal erti putus asa dalam mencapai matlamat yang diimpikan.

*AYUH BANGKIT BERSAMA*

Ir Hj Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan