Seni dan Dakwah; Bicara Bersama ‘Ejam Medicine’

1584

Sebut sahaja Kumpulan Medicine, akan terbayang zaman kegemilangan mereka pada zaman 90an. Kumpulan yang diketuai oleh penyanyi utamanya, Saudara Ejam.

Kumpulan MedicineKumpulan Medicine berasal dari Negeri Sembilan dan ditubuhkan dalam tahun 1985. Anggotanya terdiri daripada Norhizam Haji Shair atau Ijam (vokalis), Rohaizar Ramli atau Ija (gitar utama), Mohd Suhaimi Ibrahim @ Mi (gitar kedua), Raihan Ramli atau Han (bass) dan Johari Harun/Joe (drum).

Kumpulan Medicine diperkenalkan ke dunia rakaman oleh Nasir P Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.

IMG_20151022_152011Setelah lama menyepi dari industri muzik tanah air, Ejam Medicine kini tampil ke persada tanah air dengan giat terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Lagu-lagunya yang masih menjadi siulan rakyat Malaysia terutamnya golongan muda, faktor ini menjadi suatu daya penarik kepada orang ramai.

Dewan Pemuda PAS WP, melalui Jabatan Amal mengorak langkah pantas, dengan membawa Ejam Medicine dalam suatu program bicara bersama Ejam Medicine. Program ini dilihat mampu untuk membawa golongan muda untuk mendekati PAS seterusnya, menarik anak muda bersama dengan PAS.

“Program Bicara Bersama Ejam Medicine ini bagi menunjukkan PAS menghargai bakat seni. PAS sangat inklusif, dimana semua rakyat dari pelbagai sektor diraikan dan dialu-alukan penglibatan dan sumbangan mereka untuk islam” menurut Saudara Rashidi Abdul Razak, Pengarah Jabatan Amal DPPWP.

Program Bersama Ejam Medicine akan dianjurkan pada 23 Oktober 2015, pada hari Jumaat, jam 9.30 malam, bertempat di Darul Amal, No.21, Jalan Pria, Taman Maluri, KL.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir