PUTIB Anjur Makan Malam Dana Pembinaan

629

KEMAMAN – Pusat Tarbiyyah Islam Binjai Kemaman (PUTIB) akan mengadakan majlis makan malam sambil menderma bertujuan untuk mengisi tabung dana pembinaan fasa kedua pusat tersebut.

Pengerusi PUTIB, Ustaz Harun Ibrahim berkata program akan diadakan di Restoran Cahaya Mesra Geliga, di sini, pada 19 Mei 2017, jam 8.00 malam.

Dua orang tetamu kehormat diundang khas pada majlis itu adalah Yang Berhormat (YB) Datuk Mohd Amar bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Dato Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama.

“Kami sudah mula menjual kopun sumbangan untuk memudahkan orang ramai menderma…….Sekiranya berminat untuk hadir, sumbangan RM50.00 dipohon untuk seorang peserta dan RM300.00 untuk sebuah meja 6 orang,” kata beliau.

Ustaz Harun amat berharap masyarakat bersedia membantu PUTIB untuk menyiapkan segera dinding bangunan(plaster), cermin tingkap dan tempat wuduk lelaki dengan anggaran kos sebanyak RM18 000.00 diperlukan.

Orang ramai yang berhajat untuk hadir majlis makan malam tersebut boleh menghubungi beliau di talian 014 8455766 atau Pengarah Majlis Makan Malam PUTIB, Nik Ismail Ali, 019 9314919.