Petani Mengeluh, Kerajaan Tak Ada Duit

521

SETIU – Seramai 14 orang pesawah di kawasan Gong Setar, Kampung Padang Lengkuas mengeluh kerana masalah pengairan padi mereka yang rosak semasa musim banjir lalu, belum dibaik pulih.

Saifulreza Shafie, 42, berkata, berkali-berkali beliau telah membuat laporan ke pejabat Pertanian dan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun hampa.

“parit ni ‘punoh’ sebab banjir……..tak baiki lagi sampai hari ni………ada pegawai datang tengok (kerosakan itu) tapi tak baiki,

“dia kata tak ada peruntukan, tak ada ‘pitih’, tak dok sokmo…..(bika kita) gi pejabat pun tak dok sokmo,” katanya ketika ditemui.

Namun begitu, beliau telah disuruh oleh pegawai berkenaan untuk memperbaiki sendiri kerosakan parit terbabit dan kemudian membuat tuntutan perbelanjaan kepada pejabat.

Oleh itu, atas usaha beliau dan rakan-rakan petaninya yang lain, parit yang telah terhakis itu telah dibaik pulih sementara, bagi memastikan bekalan air sampai ke petak sawah yang terputus.

Malangnya, tuntutan perbelanjaan atas barangan yang dibeli dan upah kerja tidak dibayar oleh pejabat kerajaan itu.

“dia suruh kita buat (baiki) lepas tu kita baiki lah……..kita bawa ‘bil’ (tuntutan) ke pejabat……kita buat (habis belanja) seratus ringgi lebih tak masuk upah kerja,

“kita buat tiga orang……itu pun tak bayar (dijelaskan) lagi oleh pejabat JPS,” keluh beliau.

Ketika tinjauan dibuat ke kawasan tersebut didapati, parit itu terpaksa disambut dengan paip PVC sepanjang kira-kira 30 meter.

Selain itu, konkrit parit yang pecah dan hanyut ke petak sawah disebabkan banjir, menyebabkan kawasan terbabit tidak dapat diusahakan kerana jentera pembajak tidak boleh masuk.

Justeru itu, Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Rafie Long Hassan menggesa kerajaan agar bertindak segera menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang datang ke kampung tersebut beberapa bulan dahulu menyatakan, peruntukan yang telah diberi ke kawasan tersebut adalah RM5 juta.

 

“Menter (Ahmad Shabery) datang baru ni ‘kecek’ sedap……dia kata dia letak peruntukan RM5 juta bagi kawasan ini…….(dan) baru RM1 juta yang habis,

“jadi……ke mana wang tersebu di belanjakan? Sehingga nak bayar tuntutan (claim) pesawah sebanyak RM200 pun tak ada duit?,” soal beliau.

Beliau yang juga seorang pesawah kesal kerana pengusaha padi di luar kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Utara (KETARA) yang ditadbir urus oleh kerajaan persekutuan tidak menghadapi sebarang masalah.

“saya buat padi juga tapi dalam kawasan KETARA…..tak ada masalah, kalau kita bat aduan aduan tentang apa-apa masalah,

“cepat diambil tindakan dan diselesaikan oleh para pegawai,” jelasnya.

Namun, kata beliau, bagi para petani yang mengusahakana tanaman samada padi atau tanaman kontan yang lain, dibawah Jabatan Pertanian dan JPS kerajaan negeri Terengganu, menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan.

“sedangkan setiap tahun kita dengar, bajet kerajaan negeri ebih dari RM 1bilion…….setiap tahun Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman lulus,

“kenapa payah sangat untuk membantu para petani yang mengeluarkan makanan untuk keperluan dan membantu memajukan neger ini?,” tambah Rafie