Pertempuran Sengit Di Damsyik

495

Pertempuran sengit dan berat menggegarkan daerah timur ibu negara Syria pada hari Ahad selepas pejuang pemberontak melancarkan serangan mengejut ke atas tentera kerajaan.

Menurut televisyen pemerintah Syria serangan berterusan dan tembakan ‘siper’ boleh didengar di seluruh Damsyik apabila pejuang Jabhat Fateh al-Sham melancarkan serangan ke kawasan timur bandar.

Pertempuran berpusat pada kawasan dikuasai Assad di antara kejiranan Jobar dan Qaboun, dua lokasi yang dikepung pejuang

Kumpulan Ahrar al-Sham berkata pejuang telah ‘membebaskan’ kawasan itu.

Turut menyertai serangan ialah kumpulan Tahrir al-Sham, kumpulan payung pejuang tegas diasaskan oleh Jabhat Fateh al-Sham bulan lalu dan puak Failaq al-Rahman.

Media pemerintah berkata tentera rejim telah menangkis serangan oleh kumpulan pejuang yang menyusup melalui terowong ke kawasan terbabit di tengah malam.

Pemberontak meletupkan dua bom kereta yang besar pada pukul 5:20 pagi Ahad berhampiran dengan kejiranan Jobar itu diakui Tahrir al-Sham sebagai pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Pejuang kemudian mara ke kawasan Dataran Abbasiyah berdekatan, menyita beberapa bangunan dan menembak roket ke beberapa kawasan Damsyik.

Menurut Rami Abdelrahman Balai Cerap untuk Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di UK, tentera Assad bertindak balas dengan hampir sedozen serangan udara ke atas Jobar.

Jobar telah menjadi daerah medan pertempuran sejak lebih daripada dua tahun lalu, dibahagikan antara pemberontak dan pejuang tegas bersekutu di satu pihak, dan tentera kerajaan di pihak yang lain.

Ia adalah salah satu daripada tiga kawasan di ibu negara Syria masih di tangan pembangkang.

Rami Abdel Rahman berkata, serang terbaharu itu mrnunjukkan “pemberontak telah beralih dari kedudukan pertahanan di Jobar kepada tidak menyerang”.

Dalam pada itu, seorang komander pemberontak memberitahu agensi berita Associated Press, mereka melancarkan serangan mengejut dari Jobar sebagai satu cara untuk melegakan pejuang bersekutu di Berzeh, Tishreen dan Qabun daripada serangan tentera rejim.

“Ini adalah untuk melegakan tekanan ke atas pejuang apabila rejim tidak henti-henti mengebom dan mmembuat serangan meriam,” kata Abu Abdo, komander dari Failaq al Rahman.

Serangan ke atas Damsyik berlaku hanya beberapa hari sebelum pusingan baru rundingan damai anjuran PBB yang diusahakan di Geneva yang bertujuan untuk menamatkan perang enam tahun Syria.

Pejuang dan tentera kerajaan bersetuju untuk memberhentikan semua serangan di seluruh negara itu pada bulan Disember, tetapi sebaliknya pertempuran dei pertempuran terus berlangsung termasuk di ibu negara, Damsyik.

Pemberontak berkata, tentera rejim telah menyerang dalam tempoh dua hari lalu, selepas beberapa minggu pengeboman dan serangan udara yang bertujuan untuk mengawal semula kawasan strategik di dalam ibu negara, terletak beberapa kilometer dari istana Bashar al Assad.

Tentera pemerintah juga telah mara ke arah jalan antara Qaboun dan Barza, kedua-dua daerah yang dikepung pemberontak di mana berpuluh-puluh ribu orang berada di situ.

“Dengan mengambil jalan ini akan mengasingkan Barza dan Qaboun sepenuhnya dengan kawalan keselamatan di sekitarnya,” kata Abu Abdullah, pejuang lain dengan kumpulan pemberontak Failaq al Rahman.