PAS Tidak Pilih ‘Fahaman Politik’ Hulur Bantuan

208

KUALA NERUS – PAS tidak memilih ‘fahaman’ politik, bangsa dan agama, untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya II, Dr. Alias Razak berkata, PAS tidak peduli apa persepsi parti lawan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan apa ia lakukan.

Katanya, beliau yakin, ia juga termasuk dalam tangungjawab yang dianjrkan Islam iaitu memberi keadilan pada semua bangsa dan agama.

“Kita yakin golongan Tionghua bukan semuanya kaya. Orang Cina pun ada yang susah sama juga macam orang Melayu…….ada yang senang dan ada yang susah dan mereka yang susah sudah tentu perlukan bantuan,

“dan kita pergi ke rumah mereka memberi buah limau sebagai buah tangan dan sedikit duit ‘angpau’ sebagai sumbangan agar mereka rasa kita juga turut merainkannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika menyantuni kaum Cina dalam DUN Bukit Tunggal, sempena kedatangan Tahun Baru mereka, pada Ahad, 11 Februari.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu, sebagaimana PAS memberikan bantuan kepada orang Melayu, begitu jugalah kepada kaum lain.

“kalau kita buat baik dengan mereka bukan bererti kita mengemis undinya tetapi kerana agama Islam mengarahkan kita berbuat baik sesama manusia,

“Soal undi terpulang kepada mereka sama ada mereka nak sokong kita atau tidak tetapi kita pergi jumpa mereka bukan nak kempen mereka undi PAS,

“Itu adalah hak mereka dan mereka bebas buat pilihan,”ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau yakin dapat mengekalkan kemenangan di parlimen Kuala Nerus khususnya DUN Bukit Tunggal kerana katanya, PAS mendapat sokongan padu dari setiap lapisan masyarakat.

“Pentingnya kita berbuat baik dan menghulurkan tangan sesama manusia dan mendekati mereka diatas jalan dakwah,

“pan harapan kita agar mereka memahami dan bersangka baik dengan Islam dan memberi kepercayaan pada kita untuk memberi naungan pada mereka,”jelas.