PAS Kuala Nerus Kehilangan Aktivis Cemerlang

603

KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatillah, Khairul Nizam bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kailo, pada jam 10:30 pagi tadi (12 Januari 2018 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1438H, Jumaat).

Ketua Penerangannya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, almarhum Kailo adalah aktivis penerangan yang aktif dan berjaya menyumbangkan banyak kejayaan untuk kerja-kerja dakwah dan penerangan untuk PAS Terengganu.

“khususnya di Kuala Nerus….sebagai salah seorang AJK Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, almarhum telah menunjukkan sikap yang berdedikasi dalam menjalankan amanah,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai penghormatan akhir, Ustaz Hishamuddin menjemput semua ahli PAS dan rakan taulan untuk menghadiri solat jenazah, almarhum Kailo,

“(solat jenazah) yang dijadualkan usai Solat Asar di Masjid Kg. Bukit Tok Beng. Semoga doa yang dipanjatkan bersama ini akan dikurniakan Allah SWT maghfirah dan rahmat buat Almarhum di alam seterusnya,” katanya

PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan takziah buat ahli keluarga dan mengharapkan agar semuanya tabah dan bersabar atas kehilangan Almarhum.