PAS Bukan Sahaja Mahu Menjatuhkan Umno-BN……..

611

MARANG – PAS bukan hanya mahu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri Terengganu serta Putrajaya, tetapi merancang bagaimanakah kerajaan yang akan dibentuk selepas itu.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, itulah perbezaan antara PAS dan parti-parti politik lain di negara ini.

“kita ada sikap dan pendirian…..kita memikirkan juga apa yang nak dibuat sekiranya Umno dan Barisan Nasional jatuh,

“itu persimpangan yang membezakan kita (PAS) dengan orang lain,” tegasnya, ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Muslimat Marang Kali ke-32 di Dewan Tok Guru, Rusila, pada Sabtu 18 Mac.

Menurut, beliau pada umumnya, semua parti-parti pembangkang menentang rasuah, tetapi tidak ada satu sistem yang akan memastikan ‘barah masyarakat’ itu akan diselesaikan.

“bawalah apa masalah sekiranya perkara asas tidak diselesaikan…..apabila naik kerajaan baharu akan menghadapi masalah yang sama,

“sebab itu kita bina perjuangan ini atas asas Islam, dasar dan matlamatnya,” jelas beliau.

Beliau berkata PAS Terengganu telah pun menawarkan lima manifesto awal kepada rakyat negeri Terengganu, sebaga janji yang akan dilaksanakan, sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan.

Katanya, kerajaan PAS yang memerintah pada tahun 1999 sehingga 2004 telah melaksanakan hampir semua janji sebelum itu.

Antara yang dilaksanakan, kata beliau, sebanyak hampir 70,000 lot-lot tanah telah diberikan kepada rakyat.

Namun malangnya, Umno dan BN yang merapas kuasa selepas itu, juga telah merampas tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS.

“apa yang kita janji kepada rakyat Alhamdulillah…… sebahagian besarnya kita laksanakan, kita janji untuk hapuskan tol,

“kita menang hari ni…..esok tol sudah tidak dikutip,” tambah beliau.