Nafas Baru Menjelang Aidil Fitri

256

Oleh : DrSuhazel Abdullah

Hampir sebulan kita berpuasa ramadhan. Sesungguhnya ramadhan adalah bulan latihan bagi mendidik nafsu kita. Jika sebelum ini kita banyak melakukan dosa samada kecil atau besar, kehadiran Ramadhan sebagai penghapus dosa-dosa dengan peluang keampunan dari Rabbul Jalil. Berdoalah, beristghfarlah demi meraih taqwa.

Tarikh hari-hari bulan Ramadhan juga boleh menjadi tarikh-tarikh keramat kepada perokok. Kita boleh menahan nafsu rokok dengan tidak menghisapnya pada siang hari sudah menjadi satu kejayaan hidup. Teruskan dengan mengekalkan momentum tidak merokok ini pada malam hari, seterusnya berhenti terus dari kancah ketagihan nikotin itu. Saya ucapkan syabas kepada anda yang sudah mengambil langkah bijak ini.

Dari sudut kesihatan dan perubatan, terlalu banyak manfaatny? Berikut beberapa manfaat kesihatan yang boleh diambil perhatian bersama.

1. Manfaat terbaik dari berhenti merokok adalah pencegahan kedut kulit. Tentunya berhenti merokok tidak serta merta menghentikan semua keriput kerana hal ini merupakan bagian alami dari penuaan. Namun, merokok dapat mempercepat perkembangan keriput dan memperdalam keriput yang sudah ada. Hal ini terjadi karena dua faktor: Yang pertama disebabkan oleh bahan kimia dalam rokok yang mempengaruhi kekenyalan kulit Anda. Yang kedua adalah bahwa gerakan yang berulang semasa merokok menciptakan kedutan di sekitar mulut dan hidung.

2. Masalah yang paling lazim dari merokok adalah menghitamnya bibir. Panas rokok yang menempel langsung pada bibir jadi alasan utama penyebab bibir hitam para perokok. Selain itu, berkurangnya pengaliran darah pada kulit bibir juga menjadi faktor pendukung terjadinya bibir hitam. Dengan tidak merokok tentunya kesempatan untuk mendapat bibir merah secara alami akan menjadi kenyataan.

3..Bintik hitam pada wajah yang seringkali disebut sebagai “age spot” seringkali terjadi karena paparan sinar matahari langsung. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok lebih rentan terhadap jenis kerosakan ini daripada mereka yang tidak merokok. Itu karena zat kimia dalam rokok mengubah kulit Anda, sehingga tidak sehat dan sulit memerangi masalah ini. Anda dapat menutupi bintik-bintik penuaan dengan make-up, tetapi Anda akan merasa jauh lebih sihat jika anda tidak menambah faktor penuaan awal dengan merokok.

4. Dalam memproses 1 batang rokok, tubuh manusia menggunakan 35 mg vitamin C. Vitamin C adalah vitamin tidak stabil dan mudah terurai. Vitamin ini tidak dapat diproduksi sendiri oleh tubuh, tetapi majoriti diperolehi dari pemakanan. Salah satu fungsi vitamin C adalah mempertahankan mutu dan keutuhan jalinan serat kolagen kulit. Kolagen adalah serat-serat protein kulit yang menentukan tampilan kulit mulus, kencang dan awet muda. Berkurangnya vitamin C, membuat jalinan-jalinan serat kolagen terburai sehingga membuat gambaran kerutan pra matang di beberapa tempat khas seperti di sudut mata dan di sekitar mulut.

5. Kajian menunjukkan bahawa merokok adalah risiko kepada beberapa jenis kanser. Apabila sebut kanser semua akan mengelabah takut, dan sememangya ia telah dibuktikan secara kajian saintifik. Ditambah lagi, kanser juga dapat menyebabkan kematian. Justeru, bertindak sekarang dengan berhenti merokok bermula Ramadhan. Berhenti bermakna anda sudah lepas dari risiko tersebut.

6. Anda mungkin pernah mendengar bahwa minum teh, kopi atau soda dapat menyebabkan gigi menguning. Nah, rokok juga menimbulkan risiko yang sama. Nikotin memberikan untuk gigi menguning dan juga bau nafas busuk. Untungnya, para ahli mengatakan bahawa setelah Ramadhan kali ini Anda berhenti merokok, resiko bau mulut dan gigi kusam juga akan ikut berkurang.

7. Semoga Puasa yang kita jalani ini boleh membuang segala toksid yang terdapat dalam badan kita. Terutamanya kepada perokok. Adalah satu langkah bijak jika anda terus istiqomah bebas dari asap rokok. Ini kerana, Badan anda semakin segar dan bertenaga. Bahan kimia dan racun yang masuk melalui rokok sudah sudah berkurangan apabila anda bebas dari asap rokok. Racun seperti karbon monoksida adalah penyebab utama salur darah anda tersumbat yang boleh menyebabkan strok, serangan sakit jantung dan pelbagai lagi. Jika berhenti, semua resiko ini akan hilang. Tetapkan niat dan terus istiqomah untuk bebas dari cengkaman rokok dibulan mulia ini.

7. Ingin saya kongsi tips kekal cantik pada kali ini. Tips yang paling utama adalah bebaskan diri anda dari rokok. Kepada perokok tegar, azam sekarang dan hentikan terus. Kepada individu yang hidup bersama perokok, hindarkan diri anda seboleh mungkin dari terhidu asap rokok. In kerana, Racun Korbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok akan berpadu dengan sel darah anda sehingga menyebabkan sel kekurangan oksigen. Ini akan mengakibatkan Kulit anda akan nampak pucat, berkedut dan tidak cantik. Justeru marilah bermula nafas baru pada Ramadhan kali ini dengan berhenti merokok, supaya anda akan kelihatan semakin handsome dan ramai teruja kerana kulit semakin cantik.

8. Ramadhan yang kita sambut saban tahun ini sebenarnya menjadi satu titik azam untuk terus berhenti dari merokok. Banyak nikmatnya jika anda terus bebas dari merokok. Antaranya, Kepala anda tidak berserabut dengan uban atau resiko semakin botak. Saudara, Akibat dari saluran darah tersumbat dek bahan kimia yang disedut melalui rokok, pertumbuhan sel-sel badan kita akan terbantut. Kulit semakin kendur, bulu roma termasuk rambut kepala semakin menua dan gugur lebih awal. Inilah punca kepada rambut cepat beruban atau gugur. Justeru elakkan kesemua itu dengan berhenti merokok. Anda mampu merubahnya.

9. Mahukah anda bebas dari hodoh jerawat? Nah! Petuanya adalah berhenti merokok dari sekarang. Ini kerana, Perokok cenderung berjerawat di seluruh wajah. Puncanya, disebabkan pelbagai racun dan nikotin yang terkandung dalam rokok. Asap rokok juga merosak kekenyalan kulit muka. Akhirmya, Jerawat akan melata dan penyumbatan liang roma di celah ketiak, bawah payudara, dan leher akan muncul. Justeru, Berhentilah dari merokok tarikh Ramadhan kali ini.

10. Bermula sekarang, jika anda berhenti merokok, anda akan merasai kelainan dalam diri anda sendiri. Dalam tempoh seawall 20 minit, suhu badan. Tekanan darah dan nadi kembali kepada normal, tidak resah gelisah seperti biasa. Jika diteruskan bebas dari asap rokok melebihi 8 jam, Paras bahan kimia nikoton badan akan hilang lebih dari 90%. Amat menakjubkan sekali. Bayangkan jika ianya berterusan anda bebas dari asap rokok, pelbagai nikmat kesihatan yang akan diperolehi termasuk resiko kanser, resiko serangan jantung, resiko kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Keputusan adalah ditangan anda. Ayuh bebaskan diri anda bermula Ramadhan kali ini.