Musim Santai Mengumpul Tenaga Dan Semangat

454
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rehlah%20pemuda%20batu%20enam%20kenyir.jpg

Kelab Pemanduan Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) akan mengadakan Jaulah dan Rehlah ke Pulau Redang pada hujung minggu ini, sementara Pemuda Batu Enam telah berkunjung ke Tasik Kenyir pada minggu lalu.

Manakala Pemuda PAS Seberang Takir telah mengadakan Rehlah ke Taman Negara Kuala Tahan pada dua minggu lalu dan sebelum itu, lebih 100 Pemuda PAS Rusila turut mengada mengadakan perjalanan santai Rehlah ke Tasik Kenyir.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/trip%20taman%20negara.jpgMereka mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang program Rehlah tersebut, bagi meringankan pemikiran dan meningkatkan kekuatan rohani serta jasmani, disamping meningkatkan disiplin dan akhlak berkumpulan dan berjamaah.

ARC menyenaraikan program perkhemahan, bola sepak pantai, snorkeling dan khidmat masyarakat dalam ‘ARC Trip To Redang’, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam, 27 Jun hingga Ahad 29 Jun.

Penganjuran program Rehlah dan santai sebagaimana dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan dalam PAS menafikan tohmahan musuh-musuhnya yang ‘menyempitkan’ persepsi bahawa PAS hanyalah sebuah organisasi ‘totok’ politik.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/ARC%20Redang.jpgGelombang terhasil dari slogan ‘PAS For All’ telah memberikan ruang yang lebih luas kepada ahli-ahli dan aktivis PAS menyampaikan risalah perjuangan bukan hanya melalui kempen politik semata-mata, tetapi menackupi pelbagai aktiviti dalam kehidupan.

Sekaligus, ia mencerminkan wajah PAS yang semakin dinamik, lebih kendiri dan memandang ke hadapan.

Justeru tidak hairan, berbondong-bondong anak-anak muda menyertai perjuangan PAS, samada menjadi penyokong atau ahli, yang telah memberikan saham besar kepada perkembangan dakwah kontemporari sekaligus perjuangan politik tegar, dalam arus perdana negara.

Namun, musuh PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap bermata juling, memandang serong dan melihat dengan ‘kaca mata hitam’, terus melabelkan PAS dengan pelbagai tohmahan yang tidak benar.