Misi Kemanusiaan Rohingya; Setengah Juta Ringgit Diserahkan Kepada NGO Tempatan

252

COX’ BAZAR, Bangladesh – Sebanyak RM5000,000.00 wang sumbangan yang telah dikumpulkan oleh PASRelief Terengganu telah diserahkan kepada wakil Coperation Of Humanity Activities (CHA) Selimullah Mustad Ahmed.

Beliau yang juga Pengarah Kewangan NGO tersebut mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada PASRelief Terengganu kerana menghimpunkan jumlah wang yang agak besar itu, bagi membantu umat Islam Rohingya.

“bagi pihak CHA, gabungan beberapa NGO bagi membantu Rohingya, sangat berterimakasih kepada PASRelief kerana sumbangan tersebut,

“in shaa Allah kami akan laksanakan amanah yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang memberikan harapan kepada kami bagi memulihkan kehidupan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas spenyerahan sumbangan tersebut di sebuah hotel di sini pada Selasa 14 November.

Setiausaha PASRelief Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan yang menyerahkan wang tersebut kepada Selimullah berkata beliau merasa cukup sukacita, apabila amanah yang dipikulnya, diserahkan kepada NGO anak-anak Rohingya itu.

“saya sangat lega apabila dapat menyerahkan sendiri kepada mereka, orang paling tahu tentag selok belok kehidupan pelarian,

“kerana mereka juga adalah anak-anak Rohingya yang telah berhijrah sejak 20 tahun yang lalu,” tegasnya.

Turut hadir iakah Pengarah PASRilief Malaysia Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan wakil dari NGO Cakna Palestin Haji Shakur Saari dan PAS Relief Antarabangsa Zulikifli Ahmad.

Seramai 18 orang sukarelawa PASRelief termasuk dari Abu Dhabi dan Turkey telah memulakan Misi Kemanusiaan Kali Kelapan selama lima hari bermula semalam 13 November.

Haji Sanusi memaklumkan, mereka telah membuat tinjauan di kawasan titik menyeberang (crossing point) di bandar Teknaf pada petang Isnin 13 November.

Menurutnya, Teknaf dipisahkan hanya kira-kira satu kilometer dari Maungdaw, di negeri Arakan (Rakhine), Myanmar.

“ia dipisahkan dengan sungai ini…..sungai Naf dan jarak ini adalah yang paling hampir kira-kiran satu kilometer sahaja dari Maungdaw,

“di sinilah sebelum ini menjadi pangkalan kepada pelarian yang menyeberang ke sini samada dengan perahu dan ada yang berenang,” jelas Haji Sanusi