Mempertahankan Al-Quds Tanggungjawab Seluruh Umat Islam

168

Tindakan biadap dan angkuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia yang menisytiharkan Al-Quds sebagai ibu negara Israel merupakan antara siri-siri jenayah rampasan hak umat Islam. Ini adalah merupakan pencerobohan yang terbesar kerana melibatkan tempat suci ketiga bagi ummat Islam.

Donald Trump sengaja mencabar maruah ummat Islam serta sengaja mencetuskan amarah ummat Islam di samping memporak-perandakan tanah air Palestin yang telah diceroboh sekian lama. Kita yakin ia adalah suatu siri penjajahan dan perluasan kuasa zionis yahudi yang terancang.

Dewan Ulamak Pas Negeri Terengganu (DUPNT) melahirkan rasa dukacita, kesal dan mengecam apa yang berlaku dan dengan ini menyeru ummat Islam dan seluruh pemimpin negara Islam khususnya Malaysia agar bangkit membantah dan mengecam tindakan tersebut.

DUPNT juga menyokong penuh seruan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan Al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam.

DUPNT turut menyeru umat Islam khasnya dari Terengganu untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok sebagaimana surat kerahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat.

Al-Quds kami bersamamu hingga ke titisan keringat dan darah yang terakhir.

Siiruu ‘alaa barokatillah

“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

Terus beristiqamah hingga kemenangan

Ust. Hj Ismail b. Osman
Pemangku Ketua Dwn Ulama’ Pas Negeri Terengganu(DUPNT)

18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017