Krisis Tenaga Elektrik Meruncing Di Gaza

347

Hospital utama di Gaza di ambang krisis tenaga yang meruncing apabila menghadapi saat genting kehabisan bahan api, yang akan menjejaskan lebih daripada dua juta orang yang berterusan hidup terseksa, di bawah sekatan Israel melumpuhkan.

Pada hari Selasa, loji kuasa tunggal berfungsi di wilayah Palestin yang ditadbir Hamas ditutup selepas kehabisan minyak, menyebabkan penduduk Gaza hanya menikmati enam jam elektrik sehari.

Syarikat elektrik Gaza mengumumkan jumlah bekalan kuasa yang ada adalah kurang daripada satu pertiga daripada pengunaan tenaga harian wilayah itu.

Pegawai-pegawai di hospital Al Shifa pada Selasa berkata mereka hanya mempunyai dua hari baki bahan api, untuk menjana tenaga elektrik.

Keadaan suram itu menjejaskan operasi hospital, terutama kepada wad dialisis buah pinggang di mana pesakit yang teruk dirawat.

“Pesakit ini memerlukan mesin dialisis untuk bekerja dan mesin memerlukan elektrik,

“Ia adalah masa yang sangat, sangat sukar bagi mereka dan pesakit agak bimbang tentang kekurangan bahan api,” menurut wartawan Al-Jazeera, melaporkan dari Hospital al-Shifa.

Krisis bekalan bahan api untuk penduduk Gaza telah menjadi masalah lama dalam pertikaian antara Hamas dengan pihak berkuasa Palestin (PA).

Hamas membeli bahan api itu dari PA yang dikuasai Fatah di Ramallah, tetapi cukai bahan api dikenakan, dan Hamas menyatakan ia tidak mampu untuk membayarnya lagi.

“Penderitaan rakyat Gaza semakin meningkat,

“Gaza yang patut dilindungi oleh kerajaan rasmi Palestin. Gaza berhak untuk didengar oleh semua orang.” kata Khalil al-Hayya, seorang pegawai Hamas.

Selain hospital, rumah-rumah penduduk, perkhidmatan kecemasan dan sekolah-sekolah yang turut terjejas oleh keadaan masalah bekalan elektrik.

“Keadaan ini semakin teruk dan lebih teruk,” kata seorang penduduk Gaza City Rami Kamouny dari rumahnya, dan di tangannya anak lelakinya yang masih kecil, Mohammed, yang mengalami kecacatan yang teruk dan memerlukan rawatan rapi.

“Pengurangan kuasa mewujudkan lebih banyak masalah di sini, terutamanya jika anda mempunyai seorang anak cacat teruk, yang hidup adalah dihubungkan dengan sistem pernafasan buatan.” tambahnya