Konvensyen, Munaqasyah Rakyat Suntik Semangat Petugas

384

Oleh : Rohayati Ripin

DUNGUN – Konvensyen dan Munaqasyah Rakyat Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Masjid Lama, Kampung Sura, dapat menyuntik semangat para perwakilan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail , 41, berkata, program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu ini cukup baik terutama ketika diambang PRU 14 .

“Dengan suntikan semangat yang diberikan oleh para pimpinan kita, memberikan kefahaman dan suntikan semangat serta menjelaskan lagi segala kekusutan yang timbul dikalangan ahli dan juga pimpinan masyarakat,

“Seluruh jentera dan kepimpinan berbincang sehari suntuk khusus bagi menghadapi PRU ke -14,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut semalam Sabtu 19 Ogos.

Menurutnya, konvensyen pada hari ini bermula dengan perbarisan yang melibatkan kepimpinan diseluruh kawasan.Ini menunjukkan komitmen kawasan untuk persiapkan diri masing-masing untuk pilihanraya akan datang.

“Selepas daripada itu ucapan perasmian dan juga ucaptama daripada pesuruhjaya sendiri dan juga ucap tama daripada timbalan presiden merupakan satu ucapan yang antara sebahagian merungkai sebahagian daripada ketidakfahaman dikalangan ahli- ahli kita sendiri bahkan mungkin dikalangan pimpinan berkenaan dengan dasar parti,

“Apa yang dibentangkan pada hari ini harap dapat dilebarkan lagi keperingkat bawah, peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD), Unit Peti Undi (UPU) dan di peringkat cawangan. Semoga dasar yang kemukakan oleh pimpinan kita difahami disemua peringkat sehingga sampai kepada rakyat,”kata beliau.

Sementara itu, seorang lagi peserta yang ditemui, Hajah Fadhilah Mohamad, 55, berkata, PAS telah berjaya melahirkan pimpinan muda yang berpontensi memimpin dan mentarbiyah masyarakat mengenali Islam serta perjuangan PAS.

“Konvensyen ini juga berjaya meyakinkan para petugas parti bahawa PAS tidak ketandusan pimpinan dari pimpinan tertinggi hingga ke pimpinan bawahan,

“Dengan kehadiran muslimin, muslimat dan pemuda serta Ameerah menunjukkan bagaimana mereka begitu bersemangat untuk mendengar dan menerima amanat dari pimpinan negeri dan pusat,

“Bagi menggalas dan melaksanakn amanah yg mereka sedia maklum iaitu bekerja, berusaha sedaya mungkin bagi memenangkn PAS dalam PRU ke 14,” jelasnya yang juga Ketua Muslimat DUN Seberang Takir.