Kerajaan Umno-BN Tidak Bertanggungjawab, Amalkan Diskriminasi

773

KUALA NERUS – Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bahkan memerintah dengan penuh sikap diskriminasi terhadap rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini, rakyat yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dimenangi oleh parti itu menjadi mangsa ketidakadilan.

“baru-baru ini diumumkan peruntukan RM30 juta pembangunan untuk DUN yang BN menang, jadi yang BN tidak memerintah bukan rakyat dia ke?

“sekarang siapa yang memerintah? siapa Menteri Besar dan siapa Barisan Nasional? Parti mana yang memerintah Terengganu? Parti mana yang memerintah kerajaan pusat?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang disifatkan tidak bertanggangung jawab.

Razif dalam ucapannya berkata, rumah yang dibina dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Nenas dan Hiliran hanya akan diberikan secara sewa beli, sekiranya BN dapat merampas kembali parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Menurut Ustaz Satiful sudah menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan membina rumah, termasuk menyediakan kemudahan sewa beli, agar rakyat mudah memiliki rumah.

“itu merupakan tanggungjawab dia dan sepatutnya konsep secara sewa beli ini bukan hari ini sahaja tapi sudah lama!

“Berapa kali sudah dijanjikan PPR itu, ini bukan hanya kemudahan rakyat tapi ini seolah-olah janji politik……..jadi kalau Umno gagal di Kuala Nerus maknanya beliau tidak akan menunaikan janji?,” soal beliau.

ADUN Paka itu berkata demikian pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya di sebuah hotel di sini pada Sabtu malam, 15 April.

Oleh itu, beliau turut menempelak Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Najib Razak yang hadir pada perasmian PPR Bukit Nenas, Tepoh, Sabtu lalu.

“Ini adalah projek kerajaan! macam mana dia (Najib) boleh jadikan sebagai tawaran kepada parti?

“Maknanya MB (Ahmad Razif juga) tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti, jadi kita harap rakyat sedar akan perkara ini supaya kita tidak memberikan kuasa kepada dia,

“supaya (biar) kuasa balik semula kepada rakyat,” tegasnya.