Kerajaan Gagal Manfaatkan Sumber

434
Kemudahan rekreasi ti Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu yang terbiar dan rosak

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu gagal memanfaatkan sumber pelancongan sedia ada sebaliknya membazirkan wang rakyat dengan membina pelbagai monumen dan projek ‘gajah putih’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat menyifatkan, tindakan membiarkan Taman Pertaniah Sekayu dalam suasana Tahun Melawat Terengganu, adalah amat mendukacitakan.

Beliau berkata, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’.

“amat menyedihkan……..sumber alam anugerah tuhan yang di abaikan dan tidak diberikn peruntukan sewajarnya. Tak berpadanan dengan kempen melawat negeri Terengganu,

“ia bukan ‘Visit Beautiful Terengganu……..Dah jadi punah ranah Terengganu,” ujarnya kesal.

Beliau berkata demkian ketika mengulas sikap kerajaan negeri yang mengabaikan banyak lokasi pelancongan termasuk Taman Pertanian itu, yang pernah menjadi tumpuan pada suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, pembinaan dan projek yang membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat Terengganu masih belum memberikan hasil kepada kerajaan.

“mana bas dua ‘amphicoah’? Kompleks Bebas Cukai Pulau Bayas? Ratusa juta ringgit pelaburan yang belum tentu membawa pulangan,

“bahkan masjid kristal dan Taman Tamadun Islam kini menjadi ‘liabiliti’ dengan baik pulih sahajamenelab belanja RM1 juta,” jelasnya.