Jangan Termakan Umpan Pilihan Raya

906

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu perlu sedar bahawa tindakan Umno menaburkan wang tika saat akhir menjelang pilihan raya umum adalah semata-mata mahu memancing undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyeru seluruh rakyat menentang Barisan Nasional (BN) yang telah melakukan pelbagai rasuah dan penyelewengan.

“adalah perlu rakyat Terengganu sedar bahawa Umno telah menggunakan rakyat untuk memancing undi dan inilah masanya kita lawan habis habisan,

“rakyat perlu sedar dari sekarang dan tidak termakan gula-gula kerajaan (BN) yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri mereka dan kroni kroninya,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rabiatul Adawiyah (HIMRAH) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam Sabtu 18 Mac.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata kehadiran ramai anggota sayap itu membuktikan komitmen mereka yang istiqamah dalam meneruskan perjuangan.

Katanya, Muslimat adalah sayap parti dan keterlibatannya di medan jihad sentiasa dinanti dan mereka yang ‘akifi’ dapat mendepani cabaran politik masa kini.

“alhamdulillah, ramai yang hadir adalah satu pernyataan jihad kita dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya di hadapan hampir 400 orang pengunjung program tersebut.

Program yang di adakan di perkarangan Pejabat MTD Wakaf Mempelam, di KP Perdana berlangsung penuh meriah dengan acara sukaneka yang melibatkan peserta muslimat, Ameerah dan kanak kanak.

Sementara itu, Pengarah Program Hajah Zaiton Abas melahirkan rasa kagum dengan kehadiran ang luar biasa.

“Program ini julung kali di adakan dan kita terkejut melihat sambutan yang luar biasa termasuk muslimin yang datang menemani isteri dan anak anak,

“kita akan in shaa Allah jadikan himpunan ini sebagai perintis dan akan ada kesinambungannya selepas ini,” kata beliau.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah cabutan ‘Bonanza’ kepada Norazlina Abdullah dari Wakaf Beruas yang memenangi sebuah mesin basuh jenama berjenama.