Isu-Isu Pertanian Dan Asas Tani Malaysia/ Terengganu

245

1. Keselamatan Negara/ Negeri – Ketidakcukupan Bekalan Makanan

1.1 Isu berkaitan sekuriti makanan mula mendapat perhatian rakyat negara ini apa­bila Malaysia berhadapan dengan krisis kekurangan makanan pada tahun 2008. Ini berikutan pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan pada tahun berkenaan seperti beras, gandum dan jagung susut mendadak di negara-negara pengeluar utama hingga menjejaskan bekalan.

1.2 Antara punca utamanya adalah disebabkan perubahan iklim kesan daripada pemanasan global. Sebagai sebuah negara pengimport makanan khususnya beras, Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan situasi yang amat sukar itu.

1.3 Sehingga hari ini tahap pengeluaran beras di Malaysia secara keseluruhan masih tidak mencukupi iaitu dalam lingkungan 72 peratus dan terdapat 28 peratus lagi kekurangan yang perlu ditampung bagi kegunaan rakyat.

1.4 Mahu tidak mahu jumlah baki beras yang kurang itu perlu diimport dari negara-negara pengeluar memandangkan beras keluaran tempatan masih belum cukup untuk menanggung keperluan ke­seluruhan penduduk negara ini.

1.5 Selain beras, Malaysia turut berhadapan dengan kekurangan pengeluaran bekalan makanan lain antaranya daging lembu tempatan yang hanya mencakupi ke­gunaan 28 peratus, daging kambing (28 peratus) dan sayur-sayuran (33 peratus). Bagi menampung kekurangan tersebut, negara terpaksa bergantung kepada import. [Rujuk; http://www.utusan.com.my/rencana/mantapkan-sekuriti-makanan-1.346405, 24 Jun, 2016]

1.5 Terengganu terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduknya.[Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm, 7hb Januari, 2012]

2. Tiada Pembukaan Kawasan Pertanian

2.1 Hanya ada tiga kawasan yang digazetkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri Terengganu;
i. TPKM Rhu Tapai, Setiu
ii. TKPM Serating, Marang
iii. TKPM Tok Dor, Besut

2.1 Hanya satu sahaja TKPM bagi kegiatan perikanan (Akuakultur) iaitu di Sungai Como, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu [Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0813&pub=Utusan_Express&sec=Economy&pg=ec_07.htm, 13hb Ogos, 2001]

2.3 Satu pembukaan kawasan penanaman padi baru di Jelapang, Setiu, Terengganu, seluas 735 hektar [Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm, 19 September, 2009]

3. Kegagalan Projek-projek Pertanian

Banyak projek-projek pertanian yang dilaksanakan di negeri Terengganu oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri mengalami kegagalan, sekaligus menanggung kerugian. Antara projek-projek tersebut adalah seperti dibawah;

3.1 Fertigasi Mega

i. Pada Sidang DUN bulan Disember 2008, seorang wakil kerajaan mengakui bahawa projek Fertigasi Mega tidak berjaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad memberitahu sidang DUN sekaligus mengesahkan para peserta program pertanian tersebut merungut kerana ianya adalah projek yang gagal.[Rujuk; http://buletinonline.net/v7/index.php/rm20juta-hangus-projek-fertigasi-mega-disahkan-gagal/, 9hb Oktober, 2012]

ii. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Projek Fertigasi Mega di seluruh negeri pada 2006.

iii. “Namun, akhir-akhir ini ianya mengalami penurunan yang amat ketara dalam mendapatkan hasil keluaran tanaman. Keadaan ini amat membimbangkan dan memerlukan perhatian serius,” katanya.[Rujuk; http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hasil-projek-fertigasi-merosot-1.94472, 14hb Oktober, 2012]

3.2. TADC

i. Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Ia ditubuhkan pada 31 mei 1972 di bawah Akta Syarikat 1965 yang asalnya dikenali sebagai Terengganu Garam Sdn. Bhd. Dan ditukarkan kepada TADC pada Feb 2006 mempunyai modal saham dibenarkan sejumlah RM 1 juta dan modal berbayar sejumlah RM500,000.

ii. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan TADC adalah kurang memuaskan dengan catatan kerugian terkumpul sejumlah RM5.17 juta.

iii. Pengauditan yang dilakukan terhadap anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) antara September hingga November 2013 mendapati, prestasi kewangan syarikat itu kurang memuaskan dengan catatan kerugian terkumpul berjumlah RM5.71 juta.

iv. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 1, hasil analisis nisbah mendapati prestasi kewangan kurang memuaskan melibatkan masalah kecairan, margin keuntungan dan kemampuan bayaran hutang yang rendah.

v. Selain itu, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan dengan kelemahan seperti prestasi syarikat subsidiari kurang baik, strategi dan rancangan korporat tidak disediakan, Standard Operating Procedures (SOP) tidak disediakan dengan menyeluruh, bayaran reimbursable expenses tidak berkaitan dengan urusan syarikat dan pengurusan aset kurang memuaskan.[Rujuk; http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/prestasi-kewangan-tadc-tidak-memuaskan-1.268937, 10 April, 2014]

3.3 Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) Sungai Como

i. Terengganu Agrotech Corp. Sdn. Bhd (TADC) sedang melaksanakan projek berimpak tinggi bernilai RM50 juta di Sungai Como, Tasik Kenyir, bagi membantu kerajaan membasmi masalah kemiskinan di negeri ini.[Rujuk; http://1ganukita.blogspot.my/2009/03/tadc-laksana-projek-berimpak-tinggi.html, 5 Mac, 20019]

ii. Projek ini tidak mencapai target seperti yang dijaja oleh pihak Kerajaan untuk menjana pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, bahkan ia menyebabkan kerugian RM50 juta hasil daripada pengurusan dan perancangan yang tidak baik. Setakat ini terus timbul tanda tanya, ke mana peserta dari kalangan siswazah, nelayan dan golongan PPRT. Adakah mereka telah berjaya?

iii. Projek ini juga gagal untuk mensasarkan jumlah pengeluaran ikan yang ditetapkan. Ia menjadi projek yang terbengkalai “hidup segan, mati tak mahu’.[Rujuk; Buku Isu Jabatan Penerangan PAS Terengganu, ms 93, Cetakan 2015]

3.4 Projek Ubi Gadong

i. Ubi gadong terdapat 1,137 spesis di seluruh dunia. Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp. Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadung termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata.

ii. Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan lain.Ubi ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ubi Nasi, Tuba Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi Kipas.

iii. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said telah mencetuskan idea kajian dan tanaman ubi gadong pada tahun 2010 dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1 Juta untuk membolehkan pihak UDM membuat kajian mengenainya.[Rujuk; Buku Isu Jabatan Penerangan PAS Terengganu, ms 95, Cetakan 2015]