Ijam, Munif Beri Motivasi Perjuangan, Pilihan Raya

245

Minggu lalu, pada Karnival DUN Jabi anak-anak muda di kawasan Setiu mendapat suntikan hiburan bermanfaat dan patuh syariah oleh Ijam Medicine, bekas vokalis kumpulan ‘rock’ yang berasal dari negeri Sembilan.

Norhizam Shair atau Ijam, pada Himpunan HARAP 3.3 di Marang tahun lalu bercerita tentang pengalaman hidupnya, dalam dunia ‘seni’ tanah air, yang telah ditinggalkannya.

Screenshot (18)Beliau berkata Allah telah menghijrahkan beliau dan memalingkan dirinya dari ‘dunia artis’ setelah didoakan oleh ibunya selama 20 tahun.

“nama saya Ijam, sekarang orang panggil saya Ustaz Ijam Medicine, saya dibesarkan di Singapura, bapa saya seorang imam,

“dalam keluarga saya seorang sahaja lelaki, diharapkan menjadikan anak yang soleh, tpi man itu tidak dapat diwarisi (oleh seorang anak) walaupun bapanya seorang ulama,”katnya ketika memperkenalkan dirinya di Karnival Jabi.

Oleh itu beliau, beliau menyeru ibu bapa yang hadir mendidik anak-anak bermula dengan ‘pangkal’ yang baik, kerana apabila anak-anak dewasa, permulaan yang baik itu akan menyelamatkan mereka dari sebarang dugaan.

https://youtu.be/GqxI6n_6OBY

Karnival DUN Jabi dianjurkan menjelang pilihan raya umum keli ke-14, yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Malam Khamis lalu, Himpunan HARAP 3.4 di Kemasik pula dimulakan dengan perasmian Karnival jualan dan disertai kemeriahannya dengan kehadiran Munif Hijjaz atau Mohd Munif bin Ahmad.

Berbeza daripada Ijam, Munif yang bergiat dalam dunia seni tanah air menganggotai Kumpulan Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid kontemporari.

Dr Alias HARAO 3.41Hijjaz ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, beliau pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun, yang berakar dari kumpulan dakwah ‘al-Arqam’.

Sewaktu membuka bicara pada Majlis pelancaran Karnival HARAP 3.4, Munif mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberikan ruang sebagai ‘pendakwah’ dalam bidang seni.

Beliau memberikan motivasi dan kata-kata semangat keapa anak-anak muda, untuk menghadapi pilihan raya umum akan dating.

“Syukur pada Allah Ta’ala, sebelum tu saya ucapkan terima kasih dan saya hormati dif-dif kehormat, YB )Dr Alias Razak) kita yang sudi datang pada malam ini,

“untuk bagi semanagat pada kita untuk hadapi pilihanraya yang akan datang,”kata Munif.

Munif menyeru agar, amanat yang diberikan dalam ucapan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr Alias Razak menjadi pedoman dalam menghadap PRU14.

https://youtu.be/2t4JkXgtFLM

“jadikan amanat yang YB berikan kepada kita………. jadikan sebagai satu panduan bekalan untuk kita bersemangat untuk hadapi pilihan raya yang akan dating, in sha Allah,

“telah diberikan panduuan yang terbaik untuk kita, jadi pilihlah yang terbaik…….berikan sokongan (kepada) yang tebaik, buatlah kerja dengan kuat,

“untuk kita mengharungi (memilih) kepimpinan masa hadapan,”tegasnya.