Himpunan Solidariti Baitulmaqdis Milik Umat Islam

841

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia adalah bagi membantah Presiden Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim zionis.

“Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.

“Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau berkata bantahan tersebut akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat, esok 8h Disember, 2017.

“Himpunan ini akan diketuai oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS,” tambah beliau