Himpunan Petugas Bencana Siri Ke Dua (HEBAT 2.0)

89

Petugas Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Khidmat Malaysia akan berkampung di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan pada 20 dan 21 Oktober 2017 dalam satu program yang dinamakan Himpunan Petugas Bencana Siri Ke 2 atau ringkasnya HEBAT 2.0.

Dalam tempoh 2 hari program anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Khidmat Malaysia ini, petugas akan didedahkan dengan pelbagai modul pengurusan kecemasan dan bencana antaranya seperti Standard Operation Procedure For Emergency and Disaster Management Khidmat Malaysia, Medical Emergency, Water For Life, Dapur Rakyat, Khidmat Masyarakat, Water Resque, Communication dan Psicological Management untuk mangsa bencana.

Program yang dijadualkan bakal dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan disasarkan untuk menghimpunkan seramai 300 orang petugas dari seluruh negara dengan fokus utamanya ialah sebagai persiapan untuk menghadapi bencana banjir yang diramalkan berlaku pada hujung tahun ini.

Dr Azman Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia
12 Oktober 2017