Hebatnya Jiwa Akidahmu, Bilazizah….

286

Oleh : Azizah Mahmood

Panas matahari menjadi saksi kami melangkah tengahari ini.

Sebuah perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan “gar” mahupun beca, KAMI susuri permatang padi menguning, nun di kejauhan sebuah rumah daripada tanah liat mengamit kehadiran tetamu dari Malaysia seramai lapan orang.

Kanak-kanak kecil berlari tanpa selipar tanpa seluar hanya baju lusuh melindungi dari terik matahari dengan suhu 33 darjah celcius.

Terpegun tatkala memasuk rumah kecil ini, di dalamnya 12 orang menyambut kami dalam keadaan berasak-asak dengan 10 remaja dengan dua orang ibu tua, separuh abad menegur kami dalam loghat mereka.

Kami hampiri seorang remaja bertanya khabar dengan di terjemah oleh seorang pemuda yang menjadi pemandu pelancong kami, Muhammad Syahed.

“Nama ku Bilazizah, umurku 17 tahun, aku datang kesini dua bulan yang lalu menaiki bot kecil bersama keluarga dan empat orang kakakku yang berumur 19, 20, 24 dan 25 tahun.

“Kami melarikan diri meninggalkan kampung kami kerana ramai di kalangan kami yang remaja di rogol oleh junta myammar,” ujar Bilazizah dengan raut wajah sedih dan pilu.

“kakakku mendesak aku dan keluarga menuju sempadan Myammar Bangladesh. Kami berangkat awal pagi menuju menyeberangi sungai Naf menuju Teknaf,

“Alhamdulillah kami sampai ke rumah saudara kami di kampung Putu palong Ukhia. Sebelum kami di tempatkan di Kem pelarian Balukhali,” tambah beliau.

“Kami bersyukur kerana mampu menjaga maruah diri kami dan akidah kami” penuh perasaan Bilazizah mengadu.

Kulit putihnya yang gebu tentunya menjadi igauan lelaki, raut wajah yang cantik dan manis, empat beradik pastinya akan menjadi intaian mata yang rakus dan kejam manusia yang bernafsu binatang.

Inilah sedikit kisah saudara seIslam kita Rohingya yang lari memasuki sempadan Bangladesh demi maruah dan akidah.

Tanpa sedar aku menitiskan airmata, hati pecah dan dadaku sebak yang berisik,
hebatnya jiwa akidahmu wahai etnik Rohingya.

Semoga Allah permudah urusanmu dunia akhirat!

“Biarpun kita berlainan mazhab, kita menuju jannah yang satu,” antara kata Muhammad Syahed, juga anak kecil yang pernah menjadi pelarian tahun lalu.

Beliau yang juga sepupu kepada Bilazizah, banyak membantu urusan kami di misi kemanusiaan Pas Relief pada kali ini.