Harga Minyak Naik Setiap Minggu Menambah Sukar Rakyat

1525

KUALA TERENGGANU – Rakyat menghadapi masalah besar apabila berlaku  kenaikan harga minyak berterusan, pada tiap-tiap minggu, berbanding sebelumnya, hanya sebulan sekali.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia menyusahkan seluruh rakyat di negara ini.

“apabila berlaku kenaikan harga minyak (secara berterusan pada setiap minggu) menyebabkan kos barangan keperluan seharian meningkat,

“semua yang berkait akan bergerak (naik) harganya, sehinggakan rakyat tidak boleh merancang perbelanjaan mereka ekoran harga bahan api yang tidak menentu itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Pusat Khidmat Parlimen PAS Kuala Terengganu di Pasar Tani, Padang Hiliran dekat sini semalam Khamis 20 April.

Malangnya, tambah beliau, walaupun ada sekali sekala harga minyak turun, namun harga barangan dan perkhidmatan terus kekal, semakin meningkat.

Sehubungan itu, Pasar Tani tersebut yang dahulunya penuh sesak sejak awal pagi, menjadi ‘lengang’ lebih awal kerana kekurangan pengunjung.

Seorang peniaga makanan Tijah Saat berkata, keadaan tersebut semakin ketara, sejak tahun 2016 lagi.

“minyak naik pula….jadi 30 sen semalam…..tengoklah orang makin kurang mari beli belah kat sini, orang tak ada duit nak belanja,” kata beliau yang telah mengusahakan sebuah warung di belakang Pasar tersebut sejak 25 tahun yang lalu.

Manakala seorang peniaga buah-buahan dan sayuran, Abdullah Md Amin mengeluh kerana jualannya masih banyak, sedangkan waktu sudah mencecah jam 11 pagi.

“macam ni lah……sejak tahun lepas…..keadaan orang ramai datang ke pasar ni, orang kurang duit nak belanja, keadaan ekonomi tak menentu,

“pendapatan tak bertambah, GST mengurangkan kuasa beli rakyat dengan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin naik,” kata beliau.

Justeru itu, Ustaz Wan Sukairi yan juga Penolong SetiausahaPAS Terengganu berkata, PAS Kuala Terengganu telah memberikan perkhidmatan kepada orang ramai melalui pejabat Parlimen PAS dirasmikan dan melancarkan oeprasinya, setahun yang lalu.

“melalui program (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) ini kita berusaha untuk mengurangkan beban kos kehidupan rakyat,

“kita bermula dengan seorang doktor dan memberikan khidmat sebulan sekali….sekarang Alhamdulillah sekarang, kita ada sukarelawan (doktor) seramai 10 orang dan memberikan khidmat kepada masyarakat setiap minggu,” tegas beliau.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya warga Kuala Terengganu dapat menjimatkan wang mereka dengan mereka ke program tesebut.

Selain itu, kata beliau, Program Agihan Makanan Percuma dan Khidmat Guaman Percuma juga berjalan dengan baik, di Pejabat Khimat Parlimen PAS di Jalan Banggol, di bandaraya ini.

Temubual dengan Ustaz Wan Sukari boleh diikuti melalui HARAP TV.