Golongan ‘Selebriti’ Boleh Menjadi Teladan

632

DUNGUN – Golongan ‘selebriti’, artis dan pendakwah bebas, yang cukup baik kepada masyarakt.

Bekas anggota kumpulan rock ‘D’Riyadh’, Ustaz Akhil Hayy Rawa yakin ‘fitrah’ kelompok prang seni itu membanwa mereka kembali kepada Islam.

“saya yakin dan percaya fitrah ………..manusia akan kembali kepada fitrah, begitu juga arwah Mr. Os kembali kepada fitrah,

“dan kalau masing-masing memahami situasi ini, saya rasa semua artis boleh menjadi teladan yang cukup baik,”ujar beliau.

Akhil yang pernah mendapat jolokan sebagai ‘Ustaz Rock’ berkata demikian sewaktu ditemui menghadiri beberapa jembutan di pentas PAS, hujung minggu lalu.

Beliau melahirkan rasa sukacita kerana penanyi terkenal, bekas anggota kumpulan ‘Slam’, Zamani Ibrahim turut bersama arus perubahan, dan bersama pentas ‘alim ulamak’.

akhil1“Hari ini kita ada brother Zamani,’of course’ kita tau perjalanan hidup dia, tapi Alhamdulillah, beliau dalam keadaan begitu, beliau bersama di pentas para ‘alim ulama, ”

“Dan kita melihat satu masa yang cukup baik penerbit-penerbit filem hendaklah benar-benar mengarap filem, filem ‘sibgatullah’ , filem garapan Allah ke dalam filem mereka dan kalau penyanyi ubahlah lirik-lirik,

“kalau yang sebelum ini mengajak keduniaan semata-mata tapi duduk bersama ‘alim ulamak, jadi macam pewangi, tidak dapat banyak sedikitpun boleh ‘share’,” jelasnya.

Akhil Hayy berkata, yang kali terakhir beliau datang ke Terengganu adalah pada tahun 2000.

Belaiu turut memuji kebangkitan anak muda bersama kepimpinan ulama yang mana tidak dilihat dengan jelas pada masa dahulu.

“mereka mungkin berasa bicara dalam politik, orang akan nampak satu perkauman dan seolah-olah menidakkan satu kumpulan yang lain,

“padahal Islam tidak begitu, Islam untuk semua,”tambah beliau

Selepas Karnival Vintage yang berlangsung selama 3 hari itu bermula 21, 22 dan 23 April menyaksikan malam terakhir dengan ‘ Konsert Kembalilah 2’ yang menampilkan Bob Lokman, Ustaz Akhil Hayy, Zamani Slam dan Ali XPDC di Dungun, Akhii menyampaikan ceramah di Butit Payong.