Enam Puluh Peratus Kanak-kanak Palestin Didera Tentera Rejim

97

Enam puluh peratus daripada kanak-kanak Palestin yang ditahan dalam penjara rejim Israel dikenakan seksaan fizikal dan psikologi.

Kelab Tahanan Palestin berkata sebahagian mereka telah ditangkap pada waktu lewat malam dan dipukul oleh tentera Israel.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, organisasi bukan kerajaan itu menegaskan, mereka menerima ancaman dan dipaksa membuat pegakuan.

“mereka disimpan selama berjam-jam tanpa makanan atau minuman dan disoal siasat untuk tempoh yang lama,

“mereka juga menghadapi penghinaan langsung dan kata-kata lucah dilemparkan kepada mereka. ” menurut kenyataan itu.

Antaranya, menurut Kelab tersebut, tiga keterangan daripada tiga kanak-kanak yang ditahan di Penjara Ofer di Tebing Barat.

“Mustafa al-Badan, 17, Faisal al-Shaer, 16, dan Ahmed al-Shalalda, 15, berkata dalam keterangan mereka bahawa mereka telah didera semasa di dalam tahanan dan soal siasat di tangan pegawai Israel,” tambahkenyataan itu.

Israel kini memenjarakan sekitar 6,500 rakyat Palestin, termasuk 350 kanak-kanak.

Sementara itu, sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam mengumumkan pada petang Sabtu, pasukan itu telah meningkatkan tahap berjaga-jaga untuk mempertahankan rakyat Palestin dari mana-mana pencerobohan Israel.

Jurucakap Al-Qassam Abu-Obeida, berkata Briged itu telah telah bersiap siaga untuk melindungi warga Palestin.

“pencerobohan Zionis berlaku secara berterusan di utara diduduki Palestin.” katanya, berikutan ketegangan di sekitar wilayah bergolak itu.

Tentera haram Israel telah membuat pengumuman rasmi awal pagi Sabtu, dua juruterbang Israel cedera parah selepas jet pejuang F-16 mereka telah ditembak jatuh oleh tentera Syria di Galilea.

Mengulas mengenai kejadian pejuang Israel, Hamas Jurucakap Fawzi Barhoum berkata kejadian itu adalah wajar kerana rejim Israel sewenang-wenangnya menceroboh ruang angkasa negara asing.

“Ini adalah tindak balas semula jadi untuk serangan Israel yang berterusan ke atas tanah-tanah Syria.” kata Fawzi

Beliau menambah, menjadi hak semua negara berdaulat untuk mempertahankan tanah air dan keselamatan mereka terhadap mana-mana kuasa asing yang cuba menjajah negara mereka.