Empat Binaan Hilang; Polis, SPRM Digesa Siasat

12279

BESUT – Pihak berkuasa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kehilangan empat buah binaan siap, yang didirikan di atas tapak Projek Agro-Pelancongan Kampung Darau, Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, dekat sini.

Naib Yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar berkata, ‘binaan yang lesap’ itu bernilai lebih dari dari RM1 juta, tidak disedari oleh masyarakat setempat kerana dikelirukan dengan penambunan baru tanah tapak tersebut.

“sebuab bangunan yang dulu dikenali sebagai pusat pengumpulan ikan ait tawar, sebuah premis perniagaan, sebuah gelanggang futsal dan sebuah ‘wakaf’, telah ghaib begitu sahaja,

(Gambar atas, dirakam pada bulan Ogos 2015.Dari kanan premis perniagaan, pusat pengumpulan ikan darat, wakaf dan gelanggang futsal)

“penduduk tak sedar apabila projek menambun tanah yang betulis di papan tanda sebagai ‘Cadangan Pembangunan Pelancongan Agro Rekreasi dimulakan pada 13 November lalu,”jelasnya.

Sebelum ini, kata beliau, projek tersebut dikenali sebagai Projek Pembangunan Agro Pelancongan yang diusahakan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

(Gambar bawah yang dirakam oleh Google maps menunjukkan bagunan terbabit wujud sebelum penambunan tanah dilakukan)

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek tersebut pada Selasa 4 April.

Menurutnya, projek agro pelancangan tersebut dinyatakan dalam Buku Laporan Tahunan LKIM tahun 2014.

“didalam Laporan tersebut pada muka surat 84 dan 85 dinyatakan bahawa pada tajuk 5. Program Pasaran Komoditi Akuakultur Dan Pemasaran Persatuan Nelayan,

“Pembinaan Hab Pengedaran dan Pengumpulan Ikan Air Tawar dibangunkan di Kampung Darau, Hulu Besut,” kata beliau.

(Catatan bawah dalam buku laporan LKIM tahun 2014)

Namun begitu katanya komponen pusat pengumpulan ikan air tawar terbabit tidak beroperasi sekian lama, sehinggalah ia ‘hilang dari pandangan’ apabila projek Pelancongan Agro Rekreasi yang dibiayai oleh kerajaan negeri Terengganu bermula.

“sangat hairan, bagaimana empat buah binaan yang dibangunkan dengan duit rakyat boleh hilang begitu sahaja dan kemudian,

“dibangunkan pula atas tapak yang sama, projek nama lain yang hampir serupa tetapi dusahakan pula oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu,”tegasnya.

(Empat binaan hilang…..Gambar tapak (bawah) yang dirakam pada Selasa 4 April)

Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Hulu Besut berkata, tindakan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysa (PDRM) dan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat supaya dapat disiasat, apakah sebenarnya perkara yang berlaku.

“rakyat di bawah, orang kampung bersusah payah mencari rezeki……..motong getah, tanam kelapa sawit, tanam sayur…..untuk himpun duit buat belanja,

“sebahagiannya disimpan untuk membina rumah atau membeli rumah yang begitu mahal……..tetapi nampaknya agensi dan kerajaan dengan mudah menggunakan duit hasil cukai dari rakyat, membina bangunan dan merobohkannya,” ujar beliau.

Berita berkaitan;

Kerajaan BN, ADUN Umno Hulu Besut Gagal Utamakan Kepentingan Rakyat