Dua Kalimah Syahadah Menyelamatkan Seorang Hamba Dari Masuk Neraka

162

Dari Abdullah bin Amar ra.ada dua Abdullah bin umar dan Abdullah bin Amar, kedua-duanya sahabat nabi SAW termasuk dikalangan sahabat.

Abdullah bin Amar bin AS umar katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, sesungguhnya Allah telah memberi keistimewaan menyelamatkan seorang daripada umatku di tengah khalayak yang ramai pada hari kiamat.

Allah Ta’ala nabi menceritakan Allah Taala memberitahu bagaimana seorang kalangan umat aku diselamatkan pada hari kiamat.

Berlakulah dibentangkan amalannya dengan 99 gulung suratan amal. Tiap-tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang. Ada 99 kertas, tiap-tiap satu kertas tu sayup mata memandang.

Kemudian tuhan berfirman kepadanya adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada dalam suratan ini. Mu nak nafi ke benda yang ada ni. Ni amal yang jahat. Semua jahat belaka, 99 suratan amal tiap-tiap satu sayup mata memandang penuh dengan amal jahat tiada amal baik.

Tuhan tanya mung nak nafi lagi. Adakah penulis-penulisKu yang aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimimu. Adakah malaikat zalim terhadapmu. Malaikat catit tak betul. Tuhan kata, malaikat buat tak betul tulis tak betul.

Orang itu menjawab tidak wahai tuhanKu tidak betul ini amal saya sungguh jahat saya ni jahat sungguh.

Tuhan berfirman kepadanya kalau demikian maka adakah engkau mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk melepaskan diri. Tuhan tanya ada tak hujah mu boleh lepas diri. Dari amal jahat ini. Ada ke tidak.

Ia menjawab, tidak ada juga wahai tuhanku tiada memang semua amal jahat ini dia buat tuhan. Tidak ada hujah lagi.

Tuhan berfirman ia ada tuhan kata ada sebenarnya engkau mempunyai satu kebaikan yang tersimpan pada kami. Ada satu kebaikan yang ada padamu yang aku simpan tuhan kata dan sebenarnya engkau tidak menanggung sebarang kezaliman pada hari ini.

Engkau tidak akan dizalimi pada hari ini lalu dikeluarkan untuknya sehelai kertas kecil yang bertulis padanya ‘asy hadu ana ilahaillaallah wa asyhadu anna muhammadan abdu wa rasulullah’. Itu sahaja di atas dunia dia Islam dia mengaku tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah Muhammad adalah Rasulullah dan hambaNya. Itu sahaja yang ada pada dia.

Sembahyang tiada …puasa tiada…. haji tiada…. Penuh dengan amal yang jahat… maka tuhan berfirman kepadanya pergilah hadir melihat timbangan amalmu pergi bawa surat timbang amalmu.

Tuhan kata lalu ia berkata, Ya tuhanku apakah nilaian kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amal aku yang bergulung-gulung itu. Nak buat apa wahai tuhan… Nak buat macam mana wahai tuhan kertas kecil ini nak timbang tak jadi apa.

Dengan amal-amal yang jahat yang banyak saya buat itu wahai tuhan maka tuhan berfirman kepadanya walau bagaimanapun sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi tuhan kata… Engkau tidak akan dizalimi pada hari ini.

Nabi SAW bersabda kemudian suratan amal yang bergulung-gulung itu diletak pada sebelah daun neraca, diletakkan 99 amal tiap-tiap satu sayup mata memandang.

Pada sebelah daun neraca tadi dan kertas kecilnya diletakkan pada neraca yang sebelah lagi kalimah syahadah diucap diletak pada sebelah lagi lalu suratan amal buruk terangkat ringan dan kertas yang secebis berat itu menurun kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh menjadi berat berbanding apa yang mengandungi nama Allah.

Kerana sebab itu dia selamat Allah kerana sebab dua kalimah syahadah.

Disini kita disuruh supaya memelihara dua kalimah syahadah jangan buat perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah.

Banyak kalangan kita hanya belajar yang membatalkan sembahyang… yang membatalkan haji … yang membatalkan puasa. Hak itu kita jaga sangat. Tetapi yang membatalkan dua kalimah syahadah kebanyakan tidak belajar tidak tahu kala dan tak tahu apa.

Membatalkan dua kalimah syahadah ialah perkara yang membatalkan iman seseorang. Bila dia tidak percaya pada Allah Taala dan tak percaya pada mana-mana sifat Allah taala serta tidak percaya mana-mana ayat Allah Taala.

Firman Allah, hukum Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW sama ada hukum yang wajib yang sunat yang haram yang harus yang makruh, kalau dia tak percaya salah satu daripadanya maka batallah dua kalimah syahadahnya. Tak jadi apa.

Dua kalimah syahadah dia tak di terima pada hari kiamat dengan syarat dia buat perkara membatal dua kalimah syahadah itu dengan tahunya dengan pengetahuannya dengan mengertinya sahaja nak cabar islam… nak cabar Allah.. nak cabar nabi Muhamad SAW.

Ada pula orang yang jahil sungguh-sungguh dia jahil sungguh-sungguh dia bebal sungguh-sungguh dia bodoh sungguh-sungguh dia tak tahu dimaafkan oleh Allah SAW .

Kita menyaksikan bagaimana ada orang-orang yang kadang-kadang ia menghina hukum Islam .. dia mencela hukum Islam bila kita cakap mung kafir dia melenting marah dia.. marah dia menandakan kejahilan menandakan kebebalannya menandakan tak tahunya tapi ada orang ikut pandai aku lah nak jadi kafir. Dia jawab gitu. Aku memang nak jadi kafir.. macam mana pun aku tak percaya. Hak ini punoh.

Punoh ranah hak yang macam ini. hak tak punoh kerana kejahilan dan kebebalannya.

Orang yang masih ada imannya melakukan perkara yang membatalkan kerana jahilnya mungkin ada harapan diampun dan dimaafkan oleh Allah SWT.

Dua kalimah syahadah ini hendaklah dipelihara oleh tiap-tiap orang Islam. Kena jaga betul-betul jangan buat perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah samaada dengan ucapan dengan perbuatan ataupun dengan iktikad dalam hati.

Ucapan dan perbuatan orang boleh nampak kalau dia bercakap ataupun dia buat. Buat seperti menyembah berhala, menyembah salib menyembah makhluk yang lain daripada Allah itu perbuatan. Dia buat dia tahu maka batal dua kalimah syahadah.

Begitu juga kalau dia bercakap perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah hendaklah dibuktikan. Kalau negara-negara Islam maka di bawah hadapan hakim dan hakim kena siasat dia kata begitu kerana jahil atau kerana dia memang sungguh.

Kalau kena sungguh dijatuhkan hukuman murtad. Kalau kerana jahil suruh dia bertaubat pada Allah Taala balik ke pangkal jalan. Itu caranya keran dua kalimah syahadah ini sangat penting bagi seseorang pada hari kiamat kelak.

(Sedutan kuliah Presiden PAS, Jumaat 9 Februari, 2018)