Dua Bekas Selebriti Pakatan Rakyat Semakin Mantap Dalam Politik

214
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/calon_aishah.jpg

Aishah berdepan dengan bekas Menteri persekutuan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad di kerusi Parlimen Jempol, manakala Dayangku Intan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan dengan bekas Menteri dan bekas ketua pergerakan puteri Umno Azalina Othman Said di kerusi Pengerang.

Aishah memperolehi 22,495 undi berbanding Isa yang mendapat  31,109 undi, manakala Dayangku Intan mendapat 4,484 undi berbandng ‘gergasi’ Azalina yang mendapat 26,992.

Keua-dua mereka tidak dikenali di kerusi masing-masing dan hanya dapat bertemu dengan masyarakat setempat secara dekat setelah diumumkan menjadi calon bagi kerusi terbabit beberapa hari sebelum penamaan calon, berbanding Azalina dan Isa yang merupakan dua nama tidak asing lagi kepada politik tanah air.

Namun begitu, dengan mendapat jumlah undi tersebut, kedua-dua Aishah dan Dayangku Intan, tidak hilang wang deposit kerana peraturan pilihanraya menetapkan calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian.

Dalam pada itu, seorang selebriti yang bertanding atas tiket bebas di kerusi parlimen Tanjung Karang, Herman Tiono atau nama sebenarnya Masrun Tamsi hanya mendapat 340 undi berbanding jumlah undi keseluruhan sebanyak 37,042.