Darul Taqwa Sekolah Terbaik UPSRI 2017

669
Pelajar terbaik AhmadAmir Muzakir

KUALA NERUS – Madrasah (Sekolah Rendah Islam) Darul Taqwa Batu Enam dinobatkan sebagai sekolah terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI).

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman berkata, ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut Madrasah Darul Taqwa Batu Enam mendapat pelajar terbaik keputusan UPSRI pada tahun lepas dan juga pada tahun ini.

“Jumlah calon yang menduduki peperiksaan UPSRI pada tahun 2017 seramai 489 orang berbanding tahun lepas 478 orang,

“Kejayaan ini merupakan kejayaan berturut –turut dua tahun dengan gred purata 2.36,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan UPSRI 2017 Darul Taqwa Batu Enam, 16 November, disini.

Menurutnya, calon yang mendapat semua A dalam pada tahun 2016 ialah 12A. Dan pada tahun 2017 ialah 13A.

“Pada tahun ini kita mendapat 12 orang dengan peratusan 2.84% berbanding dengan tahun lepas 11 orang dengan peratusannya 2.3% dan ada peningkatan 0.1%,

“Seramai 144 orang yang menduduki peperiksaan dengan peratusan 29.6% dan kesemua lulus yang mendapat A, B dan C,

“Berbanding pada tahun lepas pelajar seramai 200 orang tetapi peratusannya hanya 42.3 %,” ujarnya.

Tambah beliau, peratusan gagal yang mendapat D dan E pada tahun ini 7.2% berbanding tahun7 lepas hanya 4.7% dan gred purata tahun 2017 adalah 2.58 sedangkan pada tahun lepas ialah 2.48.

“Peratusan A mengikut mata pelajaran tahun ini sebagaimana kita lihat dalam lapan mata pelajaran meningkat.

“Dan empat mata pelajaran terbaik adalah Al Quran 50.9 % jika dibandingkan pada tahun lepas 48.6%, ada kenaikan 2.3% , kata beliau.

Selain itu, empat mata pelajaran yang menurun dan yang paling rendah lemah ialah Bahasa
Inggeris penulisan iaitu 9.2%.

Mata pelajaran tersebut adalah format baru pada tahun ini kerana pada tahun lepas tiada lagi format ini.

Justeru, kata beliau, diisytiharkan dengan ini, pelajar yang terbaik adalah Ahmad Amir Muzakkir Bin Sazali yang mendapat 13A dalam semua mata pelajaran.