DACS Terengganu Lakar Sejarah Anjur FMC 2017

871

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Jabatan Kesenian , Kebudayaan dan Sukan (DACS) Terengganu melakar sejarah kejayaan menganjurkan kejohanan besar perlumbaan basikal lasak Fortissimus Montis Challenge(FMC) 2017.

Kejohanan yang berlangsung pada Sabtu 28 Januari, memililih Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Kertih sebagai venue perlepasan dan penamat perlumbaan.

Penyertaan hampir 1,000 pelumba basikal melibatkan lapan kotegari pertandingan dianjurkan dengan kerjasama penjual dan pengedar basikal lasak, Cyclestream dan Roto Mecca.

Kejayaan ramai pelumba menamatkan cabaran trek mencapai objektif yang ditetapkan ternyata mengembirakan Pengarah DACS Terengganu, Ahmad Zulkaramie Salleh.

“Selain untuk menguji mental dan fizikal pelumba, tujuan kami menganjurkan program ini adalah untuk menggalakan lagi gaya hidup sihat dan membina ikatan persahabatan dalam aktiviti lasak….

Bagi kami, penganjuran program ini adalah satu pengalaman berguna untuk kami perbaiki kelemahan dan segala kekurangan”
kata beliau.

Beliau juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada ramai penaja atas kesudian menyempurnakan kejohanan ini.

“Semoga ikatan silaturahim ini kita perteguhkan dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada program-program yang akan datang” kata beliau lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah turut serta turun ke tapak kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.