Comey Gesa Trump Kemuka Bukti

496

Pengarah FBI James Comey menggesa Presidennya Trump membuktikan dakwaan bahawa beliau telah diintip dengan peranti telefon, semasa kempen pilihan raya Presiden lalu.

Comey juga menuntut Trump membawa bukti terhadap dakwaannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Menurutnya, Trump telah menulis dalam aplikasi tweeternya pada bulan Mac lalu tanpa memberi sebarang bukti.

“Berkenaan dengan tweet presiden mengenai dakwaan pengintipan ditujukan kepadanya oleh pentadbiran terdahulu, saya tidak ada maklumat yang menyokong dakwaan mereka tweet,” kata Comey.

Ketua FBI itu berkata demikian di hadapan panel kongres, pada Isnin 20 Mac.

Beliau juga buat kali pertamanya mengakui, pihaknya sedang menyiasat hubungan yang mungkin, antara kempen presiden Republikan Donald Trump dan Rusia, dalau usaha membuktikan Moscow terlibat mempengaruhi pilihan raya AS 2016.

Comey dan Pengarah Agensi Keselamatan Negara Laksamana Mike Rogers, mengesahkan bahawa siasatan mereka berkenaan perkara tersebut akan dijalankan dalam tempoh beberapa bulan.

Kedua-dua pegawai tinggi AS itu menghabiskan lima jam 30 minit, Jawatankuasa Perisikan Kongres AS yang dianggotai oleh ahli-ahli kedua-dua parti, Rebulikan dan Demokrat.

 

Comey enggan mengesahkan dakwaan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin hanya mahu calon presiden Demokrat Hillary Clinton kalah dan mahu Donald Trump menang dalam pemilihan November lalu.

Sehubungan itu, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan pengarah CIA semasa pentadbiran Obama, Leon Panetta berkata, Trump harus mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan, dan memohon maaf kepada Obama.

Jawatankuasa tersebut salah satu daripada beberapa yang ditubuhkan di Kongres AS bagi menyiasat sama ada Rusia cuba untuk mempengaruhi pilihan raya AS dengan menggodam e-mel operasi parti Demokrat dan melepaskan maklumat memalukan.

(Leon Panetta, gambar atas,  berkata, Trump harus mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan, dan memohon maaf kepada Obama) 

Bagaimana pun Rusia menafikan dakwaan tersebut.

Comey mengesahkan bahawa FBI telah menyiasat sejak Julai lalu tentang mungkin usaha Rusia untuk campur tangan dalam pilihan raya itu, termasuk apa-apa kerjasama antara kempen Trump dan Moscow Trump.