Bangunan Kedutaan Malaysia Turut ‘Digegar’ Gempa

129

KATHMANDU – Kedutaan Malaysia di negara ini terpaksa berpindah ke premis baru apabila bangunan yang di sewa itu didapati retak dan tidak selamat diduduki.

20150517_131918Menurut Pemangku Duta, Fadli Adilah, bangunan yang terletak berhampiran dengan ‘rumah PBB’ (UN House) selama ini tidak menghadapi sebarang masalah keselamatan.

“Kita mula membuka (kedutaan) ini pada tahun 2003……kita ditingkat dua, di sebelah sana kompleks PBB……semenjak 11 tahun yang lalu, kita menjadi jiran mereka dan juga menumpang keselamatan mereka……ia adalah tempat yang selamat,

“Oleh kerana (kejadian gempa bumi) kami akan berpindah ke sebuah ‘vila’,”ujarnya.20150517_132145

Beliau berkata demikian dilobi bangunan yang menempatkan pejabat kedutaan, ketika menerima kunjungan hormat Delegasi Yayasan Amal Malaysia pada Ahad 17 Mei.

Oleh kerana keadaan itu, pada harj Jumaat dan Sabtu lalu, pihak kedutaan terpaksa membuka kaunter di lobi untuk menerima ‘pelanggan’.

Katanya terdapat dua orang pegawai kementerian luar termasuk beliau dan tiga orang pegawai Imigresen yang bertugas di situ.

Kesemua mereka telah pulang selepas kejadian gempa bumi yang pertama, kecuali beliau, seorang pekerja lain dan isterinya.r20150517_132839

Seramai 400 orang rakyat Malaysia telah dievakuasi pada 28 Mei dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya pejabat kedutaan tersebut bertanggung jawab ke atas 18, 500 pelancong Malaysia yang melawat Nepal setiap tahun.

Kedutaan Malaysia di Nepal itu juga katanya, menguruskan 1,200 urusan visa untuk memasuki Malaysia setiap hari.

Beliau berkata perpindahan bermula pada tersebut sebaik mengadakan pertemuan dengan pihak Yayasan Amal Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Amal yang sudi datang menziarahi kedutaan Malaysia dan melakukan usaha memberikan bantuan serta khidmat komuniti kepada mangsa gempa bumi di Nepal.

https://youtu.be/G9QQ2PZwFM4

https://youtu.be/-pKYZanBkOE