Arak Adalah ‘Toksik’ Sebenar

376

KUALA TERENGGANU – Mereka yang kononnya memperjuangkan ‘anti politik toksik’ seharusnya sedar bahawa arak atau ‘alkohol’ itu sendiri adalah toksik yang sangat besar.

Ia adalah kerana menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Haji Ahmad Azad Hashim, mereka yang dibawah pengaruh alkohol dirujuk dengan istilah ‘intoxication’.

“Dalam Islam, alkohol atau arak dirujuk sebagai dosa besar yang menjadi punca dosa dosa yang lain……Ia bapak kepada dosa,

“Dalam satu hadis saheh, seorang yang soleh telah ditipu daya oleh iblis supaya meminum arak yang kemudiannya dalam keadaan dibawah pengaruh arak ia melakukan dosa besar berzina dan kemudiannya membunuh,” ujarnya.

Beliau berlata demikian merujuk kepada kononnya ada pihak yang memperjuangkan ‘anti politik toksid’ sedangkan mereka membiarkan pesta arak berleluasa di ibu negara, Kuala Kumpur.

Katanya, negara Eropah yang dianggap maju terkial-kial mencari jalan mengatasi masalah arak kerana halangan budaya yang telah terlalu lama.

Katanya, arak menjadi beban yang berat kepada populasi Kesatuan Eropah yang penyumbang kepada lebih 200 masalah kesihatan, kos penyakit sosial yang mencapai angka 372 billion EURO setiap tahun. Ia masalah dikongsi bersama yang menjejaskan semua lapisan umur di Eropah.

“Tiba-tiba di Malaysia, konon atas nama kebebasan, begitu bersungguh mahu menjadikan budaya arak ini sesuatu yang diperbolehkan secara terbuka dan mahu diberi kebebasan,

“pada masa yang sama, kumpulan itu memperjuangkan liberalisme, comanggo, LGBT, pluralisme, (sesungguhnya) pesta arak adalah jelas tanda akidah yang rosak,”tegasnya.

Justeru beliau menyeru agar orang Islam tidak terpengaruh dengan perjuangan ‘slogan’ kum[ulan tersebut, sedangkan kehidupan mereka bergelumang dengan ‘toksid’.

“orang Melayu atau bukan Melayu…….anak-anak muda perlu berhati-hati dengan pihak yang cuba memesongkan pemikiran dan halatuju sebenar,

“negara sudah cukup parah dengan gejala sosial, sebaliknya ada pihak yang mahu ‘menghalalkan’ cara hidup bebas kononnya memperjuang kebenaran,” tambah beliau.