‘Ameerah Care’ Rancakkan Khidmat PAS Membantu Masyarakat

366

HULU TERENGGANU – Kemunculan ‘Ameerah Care’, yang merupakan satu lagi cabang dari NGO dibawah naungan Dewan Muslimat, bakal merancakkan suasana kebajikan dan perkhidmatan yang diberikan PAS kepada masyarakat.

Menurut Ketua NGO tersebut bagi negeri Terengganu, Ameerah Care yang sebaris dengan Briged dan Nisa’ di bawah naungan Dewan Muslimat PAS, bakal merancakkan lagi

Justeru itu, Puan Khairunnajjah Mohd mengajak anak-anak muda wanita yang berusia bawah 40 tahun dapat bersama dengan Ameerah Care.

Ini penting, katanya bagi menyelami hidup bermasyarakat yang ‘cakna’ terhadap golongan miskin, ibu tunggal serta remaja bermasalah.

“Objektif penubuhan Ameerah Care sebenarnya ingin mengajak anak muda wanita berusia 40 tahun ke bawah untuk turun bersama hidup bermasyarakat, ingin melihat realiti hidup bermasyarakat terutamanya keadaan ibu tunggal, masalah sosial di kalangan remaja.

“Inilah kerja-kerja Ameerah Care sama ada kerja kebajikan atau membantu menyelesaikan masalah mereka,” ujarnya dalam satu temubual Harap TV, sempena Himpuan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.

Menjawab persoalan mengenai wanita muda yang tidak cakna, beliau menjelaskan tidak sepatutnya berlaku sedemikian.

Menurut beliau, pemimpin masyarakat sepatutnya turun ‘padang’ bagi melihat realiti masyarakat terutama golongan ibu tunggal, fakir miskin, remaja bermasalah dan sebagainya.

“Sepatutnya situasi yang berlaku di kalangan wanita muda yang tidak mengambil cakna, yang tidak mengambil tahu tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerana, kita (masyarakat) sepatutnya kena mengambil tahu turun padang untuk melihat apa yang terjadi kepada golongan ibu tunggal, fakir miskin, anak-anak muda kita, remaja kita dan golongan wanita dengan pelbagai masalah lagi.

“Saya menyerulah kepada anak-anak muda untuk bersama dengan Ameerah Care,” ujarnya.

Katanya, Ameerah wujud disemua peringkat pusat, negeri, kawasan, Dun (Dewan Undangan Negeri) dan cawangan.

Maknanya, kata beliau apabila terlibat dengan Ameerah secara automatik berpeluang untuk berkhidmat dengan Ameerah Care.