Al-Aqsa Dibuka Semula Pada Petang Ahad

421

Rejim Israel membuka semula masjid al-Aqsa selepas menutupnya dua hari pada Jumaat dan Sabtu, yang mecatat sejarah hitam kepada umat Islam apabila solat Jumaat dibatalkan buat kali pertama sejak Israel diduduki timur Jerusalem pada tahun 1967.

Jurucakap Wakaf Islam Firas Dibs, yang menguruskan al-Quds mengesahkan laporan bahawa pekerja dari perbandaran Jurusalem Israel telah memasuki halaman al-Aqsa pagi Ahad untuk membersihkannya sebelum ia dibuka semula.

Menurut beliau, selepas kejadian tembak menembak pada pagi Jumaat, polis Israel telah merampas kunci bagi memasuki halaman al-Aqsa dan menempatkan berpuluh-puluh pegawai penjaga telah ditempatkan di luar masjid utama.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata tempat suci itu akan dibuka semula untuk lawatan berkala oleh orang Islam, Yahudi dan pelancong bermula dari petang Ahad.

Sehubungan itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut mengecam sekerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan menahan Mufti Baitul Maqdis.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia merupakan satu tindakan jenayah biadap Israel kepada umat Islam dan alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakannya seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa.

“Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan regim berkenaan dan sekutunya.

“Masjid Al-Aqsa dan keselamatan Baitul Maqdis adalah tiang kesatuan umat dan mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman regim haram Israel dan Zionis,” geasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab. Sepatutnya OIC, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Ketua-ketua Negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis itu bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

Justeru itu, katanya, PAS akan membincang perkara tersebut pada Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20-22 Julai 2017 di Kelantan.

“kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan regim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan keamanan dunia,” jelasmya.

Rakyat Perancis Kutuk Presidennya

Sementara itu, pada perkembangan berkait, penunjuk perasaan yang berhimpun di ibu negara Perancis telah mengkritik Presiden Emmanuel Macron kerana menjemput Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Paris.

Mereka mengutuk dasar penempatan haram Israel di Tebing Barat dan sekatan rejim terhadap Gaza.

Presiden persatuan EuroPalestine, Olivia Zemor, memberitahu agensi berita AP pada hari Sabtu bahawa ‘menghamparkan permaidani merah’ kepada seseorang yang melanggar konvensyen antarabangsa adalah tidak menghantar isyarat yang betul kepada dunia dan memalukan Perancis.

“Kami menyeru bantahan untuk menyokong ini, kami membantah jemputan Emmanuel Macron yang menyambut Netanyahu dengan permaidani merah…… seorang penjenayah, penyeksa…….penyeksaan lelaki dan anak-anak,

“pencuri tanah (Palestin), dan seorang yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan Hak asasi manusia, yang memalukan, ” Olivia.

Seorang demonstran Yassine Blicqy, 19 tahun dari Valenciennes, berkata beliau berharap Perancis, dalam beberapa tahun akan datang atau bahkan beberapa dekad, akan memilih keadilan.

“dan akan berpihak kepada rakyat yang tertindas kerana itulah yang dikatakan oleh Perancis, bukan penindasan,

“tu kebebasan dan hak asasi manusia, ia adalah kepelbagaian dan kesamaan, dan kita mesti memberi contoh. ” tegasnya.

Macron telah menjemput Netanyahu untuk mengambil bahagian dalam majlis peringatan pengusiran besar-besaran Yahudi Perancis pada hari Ahad.

Pada tanggal 16, 17 Julai 1942, polis Perancis menahan kira-kira 13,000 orang Yahudi, termasuk kira-kira 4,000 kanak-kanak, di sekitar Paris dan mengepung mereka ke stadium sebelum mereka dihantar ke kem-kem Nazi 75 tahun yang lalu.