Aktivis KAMI Kembali Ke Rahmatullah

746
Allahyarham Khairul (tengah) ketika menerima anugerah KAMI

Aktivis Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Khairul Nizam Abdullah @ Kailo telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Kg Bukit Tok Beng Kuala Nerus.

Almarhum seorang mujahid media yang sangat istiqamah dan banyak menyumbang di lapangan jihad media bukan setakat di Terengganu malah diperingkat nasional.

Pemergian Almarhum satu kehilangan yang sangat besar kepada KAMI dan warga media seluruhnya.

Takziah dengan rasa simpati yang amat mendalam dari KAMI untuk isteri dan seluruh keluarga Almarhum. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum dan menganjari setiap amal bakti yang dicurahkan demi Islam.

Jenazah Almarhum akan disolatkan dan disempurnakan selepas asar di Kg Bukit Tok Beng Kuala Nerus.

Innalillah wainna ilaihi raajiuun.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI
13 Januari 2018.